Sunday, December 18, 2011

Belajar Hormat Orang

siapalah aku untuk menilai insan lain atas muka bumi ini. tapi ada satu nasihat yang hanya mampu aku tulis untuk insan ini.belajarlah menghormati org lain sekiranya kamu mahu dihormati dan disenangi kemudian hari. jangan rasa terlalu merasa diri ini bagus sangat kerana ini hanya membinasakan diri kita yang serba kekurangan ini. walau di mana usia itu terletak, janganlah menganggap pangkat atau kemuliaan seseorang itu hanya pada nama dan pangkat namun perilaku kamu sungguh biadap dan amat menyakitkan. satu hari nanti, kalau kamu terus melakukan ini, aku yakin atas muka bumi ini juga kamu akan merasa sakit atas perbuatan kamu itu sendiri. sekian. semoga dapat manfaat atas penulisan ini..amin

Wednesday, December 7, 2011

INTIPATI PERLAKSANAAN SBPA 2012


Antara Intipati Pelaksanaan SBPA 2012 yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
  1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
  2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.
  3. Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;
  4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan 2.
  5. Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;
  6. Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;
  7. Pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);
  8. Penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);
  9. Penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;
  10. Pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;
  11. Pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan 3.
  12. Perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;
  13. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;
  14. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;
  15. Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;
  16. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
  17. Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;
  18. Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan
  19. Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
7 Disember 2011

Monday, October 24, 2011

Demam

hari sabtu lepas, bawak adik2 g jenjalan kat alamnda putrajaya. mmg syok gila bejalan2 pada hari sabtu yang hening itu. da lama xmerasa saat2 spent time besama family ni. tapi yang spoil nya pada hari tu adalah aku ni asyik bersin spanjang hari. mmg xde mood la kan nk bejalan2 sbenanya. aku gaghkan jugak diri ku ini sbb au tau adik2 aku ni mmg gmbira kalau dbawak bejalan,hehe. puasa bejalan siang hari, malam pulak kami bejalan di i-city. dalam aku x masuk dalam i-city tu. mmg awesome la! sjak setahun aku xmasok ni, byk pembaharuan yang dilakukan. duit masuk pulak boleh dianggarkan sbg berbalaoi la. rm5 sekereta. bersin aku ni xkira siang atau malam. berterusan hingga lewt malam.

dan dipendekkan cerita, pada keesokan harinya aku telah mengalami demam panas yg agak terok. smpai tak boleh bangon spnjg hari. mcm kt sepital pon ade. namun aku redho atas ujian Allah terhadap aku. mgkn Allah nk mnghaposkan dosa2 kecil aku, mudah2an. kalau tdak mmg aku nk bwk adik2 aku g sungai gabai pulak. tempat peranginan air terjun yang agak femes kt slgr ni. xde rezki nmpk gaya mereka ni. ala kullihal, hari isnin yang cerah ini telah menerbitkan sinar2 kesembuhan buat diri aku. aku telah meng mc kan diri aku, agar aku dpt lebih rehat dan tenaga utk kerja esok hari. thanqs Allah!




Saturday, October 1, 2011

Perbandingan Tablet Samsung

agak2 da mampu milik nak angkat yg mana satu? teknologi ni mkn berkmbang dgn pesatnya seantero dunia. hanya skadar informasi shj utk kawan2 yg nak beli tablet ni..keep on reading!

Friday, September 30, 2011

Sebelum Kahwin VS Selepas Kahwin

Perkara
Sebelum Kahwin
Selepas Kahwin
1.       ANGKATKAN BEG
Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u...
Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!
 
2.       TERSUNGKUR BATU
'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!'
Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!
 
4.       MANJA DI PUBLIC
Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you!
Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!
 
5.       KEMPUNAN
U nak makan burger ramly? Ok, besok i masuk JB belikan eh syg.....
 
Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!
6.       KECANTIKAN
Cantik nye you hari ni.. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you!
Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang pekji pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!
 
7.       KEKAYAAN
U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan.
Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan ni camne?
9.       KESABARAN
Sudahlah syg, jgn merajuk.. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni matahir tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf.. Maafkan i eh?
Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!
 
10..   MASAKAN
Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)
Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?
 
11..   DUIT NO PROBLEM
Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala...
Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah!
 
12..   LUV PEGI LUV BALIK
Bye syg, I luv u too. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe)
 
Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!
13.   PENGORBANAN
Takpe Sayang, I tak kisah.. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh?
You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat ah!
 
14.   JUMPA LAMBAT
Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai
 
Takpe la. Da biasa da!
15.   BUANG ANGIN
You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni!  *cubit-cubit*
Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*

sumber : http://www.alinaclover.com

hanya sekadar info. walaupun ini hanyalah jenaka namun jangan diambil ringan. tidak semua pasangan begini. pengalaman sendiri tu mmg lah ade sedikit, tapi dalam berumah tangga, kita harus memperbaiki diri kita supaya lebih menyayangi pasangan kita. dlm table ni telah di edit smula, ada 2 item yg rasanya tak sesuai untuk dibaca oleh remaja khususnya. ok la, keep on reading semua.

Monday, September 26, 2011

Kakitangan Awam Naik Gaji Lagi?

Dah lama x main blog ni,hehe. ada kesempatan akan aktif smula, hampir 10 bulan tidak memblogkan diri ini. mula2 nak update blog ni mestilah dgn berita gembira...semoga berita ini menjadi kegembiraan buat semua penjawat awam...ameen.

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.


Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.
Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.
Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.


Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.


Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.


Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.


Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.


Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.


Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.


Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.


Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya

sumber: Berita Harian

Tuesday, March 22, 2011

double joy!

agak terlalu lama aku tidak membuat sebarang entry dalam blog ini. kini baru dapat ilham untuk berbicara mengenai apa. sudah tentulah merakamkan sedikit momen ketika bergelar ayah 30 januari 2011 yang lalu. kami sekeluarga peroleh dua kegembiraan pada hari itu, DOUBLE JOY!

alhamdulillah, syukur atas kurniaan Ilahi kerana menganugerahkan aku seorang bayi yang sempurna sifatnya. tanggal 30 januari 2011, 10.42 pagi, maka lahirlah zuriat aku dan MOH setelah lebih kurang 5 jam bertarung dan berjuang dalam labour room tu. seperti yg dijangka, aku tidak dibenarkan masuk untuk menemani isteri tercinta kerana polisinya yang telah ditetapkan. maka aku hanya redha dan berserah pada Yang Maha Berkuasa. tak keruan aku duduk kat luar tu sorang-sorang. makan tak selera, belipaper pon xde mood nak baca. 

sehingga lah detik lebih kurang jam 11 pagi aku doktor memanggil2 "sapa tunggu nurulhuda, sapa?" aku resah dan menyahut. dan doktor pun berkata...isteri awak dah SELAMAT melahirkan anak. Alhamdulillah. saat ini yg aku tunggukan. lebih kurang satu jam aku tunggu untuk ditemukan dengan anak aku tu. menitis air mata melihat wajahnya, inilah agaknya perasaan seorang ayah melihat anaknya yg baru lahir. normal la kan.

zuriat aku
 kegembiraan yang kedua pula adalah kelahiran anak angah ku, iaitu spupu buat anak aku ni jatuh pada hari yang sama. macam plan-plan je diorang ni nak keluar sama hari kan. tapi anak abang aku ni kuar awal sikit la, lebih kurang jam 1.00 pagi, tua 7-8 jam dari anak aku.

anak buah merangkap spupu anak aku
mengikut fitrah dan tuntutan islam, kedua-dua bayi ini telah diberikan nama. anak aku, Fidaa Hani Binti Mohamad Firdaus, manakala anak abang aku ni pulak diberi nama Insyirah Binti Faizal Ezali. nanti da beesar msti jadi kawan baik ni, da la besday sama-sama...sweeeet! nanti aku akan rajin-rajinkan jari jemari aku untuk upload lagi gambar2 terkini ok!

Monday, January 10, 2011

apa khabar sahabat

sahabat, apa khabar sekarang. setelah lama membawa haluan sendiri, adakah kau yakin dengan jalan yang kau pilih itu. aku begitu rindukan saat kita berkelana dan bersama. sedikit cebisan khabar pun aku tak pernah dengar pasal kau dari rakan-rakan yang lain. bagaimana masalah yang kau hadapi dulu. adakah sudah surut atau sebaliknya? aku sntiasa doakan kebahgiaan dan kejayaan kau. dan kau jangan lupa doakan aku jugak ye. sentiasa lah hubungi aku kalau masih anggap aku sebagai teman kau dunia dan akhiratmu. janganlah bataskan ukhwah kita hanya kerana aku sudah bergelar seorang suami dan ayah tak lama lagi. aku masih seperti dulu. ada masalah dan sebagainya, hubungilah aku wahai sahabat.......