Friday, September 30, 2011

Sebelum Kahwin VS Selepas Kahwin

Perkara
Sebelum Kahwin
Selepas Kahwin
1.       ANGKATKAN BEG
Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u...
Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!
 
2.       TERSUNGKUR BATU
'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!'
Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!
 
4.       MANJA DI PUBLIC
Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you!
Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!
 
5.       KEMPUNAN
U nak makan burger ramly? Ok, besok i masuk JB belikan eh syg.....
 
Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!
6.       KECANTIKAN
Cantik nye you hari ni.. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you!
Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang pekji pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!
 
7.       KEKAYAAN
U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan.
Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan ni camne?
9.       KESABARAN
Sudahlah syg, jgn merajuk.. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni matahir tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf.. Maafkan i eh?
Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!
 
10..   MASAKAN
Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)
Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?
 
11..   DUIT NO PROBLEM
Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala...
Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah!
 
12..   LUV PEGI LUV BALIK
Bye syg, I luv u too. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe)
 
Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!
13.   PENGORBANAN
Takpe Sayang, I tak kisah.. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh?
You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat ah!
 
14.   JUMPA LAMBAT
Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai
 
Takpe la. Da biasa da!
15.   BUANG ANGIN
You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni!  *cubit-cubit*
Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*

sumber : http://www.alinaclover.com

hanya sekadar info. walaupun ini hanyalah jenaka namun jangan diambil ringan. tidak semua pasangan begini. pengalaman sendiri tu mmg lah ade sedikit, tapi dalam berumah tangga, kita harus memperbaiki diri kita supaya lebih menyayangi pasangan kita. dlm table ni telah di edit smula, ada 2 item yg rasanya tak sesuai untuk dibaca oleh remaja khususnya. ok la, keep on reading semua.

Monday, September 26, 2011

Kakitangan Awam Naik Gaji Lagi?

Dah lama x main blog ni,hehe. ada kesempatan akan aktif smula, hampir 10 bulan tidak memblogkan diri ini. mula2 nak update blog ni mestilah dgn berita gembira...semoga berita ini menjadi kegembiraan buat semua penjawat awam...ameen.

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.


Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.
Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.
Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.


Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.


Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.


Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.


Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.


Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.


Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.


Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.


Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya

sumber: Berita Harian