Tuesday, October 2, 2012

Bonus Kakitangan Awam 2013

Alhamdulillah, di kala aku sedang menulis blog ini, dah tentu ramai di kalangan sahabat2 sekalian sudah maklum akan hal ini. Bonus sebulan setengah gaji bagi penjawat awam mcm aku ni mmg ditunggu2. Syukur pada Allah yang Maha Besar kerana telah memberi rezqi ini kepada kami yang memerlukan. Tidak kira apa jua sentimen di kalangan kita, ia haruslah diambil positif supaya tidak timbul permusuhan dan persengketaan yang berpanjangan. Banyak manfaat yang boleh di ambil daripada Bajet 2013 yang baru dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri kita.

Ah, rindu pada blog. Lama sudah aku tinggalkan, hampir 9 bulan. Tempoh seorang isteri yang membawa kandungan zuriatnya.Namun, aku bukan lah, nak cerita yg aku mengandung pada tempoh itu (MUSTAHIL), hehe. Kecintaan pada dunia blog ini masih segar dan jelas. Malas, keletihan, tidak ada kesedaran, dan banyak lagi faktor yang memainkan peranan ketika aku melalaikan dunia blog ini.

Dunia aku tetap sama, kebahgiaan di samping keluarga, sahabat baik, rakan sekerja, dan orang yang berada di sekeliling aku jua. Apabila sudah lama tidak update blog, persisnya sudah lama jua aku tidak mengajak para pembaca semua untuk kembali kepada Allah Tuhan yang Maha Esa. Inilah tanggungjawab yang sememangnya mnjadi fitrah untuk kita semua. Di mana kita jejak diri kita pada tika ini semuanya adalah datang daripada keizinan Allah. Marilah kita semua berdoa agar terus dilimpahkan nikmat Iman dan Islam serta kehidupan yang lebih diberkati olehNya Tuhan sekalian alam.

Monday, January 30, 2012

Nota Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negara 29-01-2012



Untuk makluman, nota ini diusahakan oleh hamba Allah yang diberi kebijaksanaan untuk membuatnya. maka aku pun mengambil kesempatan membaca dan menge-share-kan pada rakan2 mudah2an mndapat manfaat kalian semua. AMIN

Soal jwb UAI malam ni: 26 soalan kesemuanya.

1. Orang laki2 takleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan cthnya. "Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan." Sembahyang sah wlpn pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi)ditulis dosa.

Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):
BF: U malam2 pakai baju apa?
GF: I malam2 baju kelawar.
BF: I kelawar jugak.

2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan?
- Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan.

Perumpamaan perempuan oleh UAI:

"Org puang ni sama macam Lamborgini. Beli Lamborgini, gi Subang, tukar..buh side mirror Kancil. Org tanya, "Guaner tukar side mirror buh Kancil?" "Nak bagi nampak lawo." Takdok berlaku. Lamborgini semua molek, luar dalam semua lawa. Tak payah tukar pape dah. Orang puan macam tu gak, semua dah lawa, perfect Allah cipta." Perempuan itu aurat, bukan semua aurat tapi kebanyakkannya aurat. Yang mana2 amik gambar puang tak pakai tudung tu, henti2kanlah."

Orang puang dia pakai baju laki pun, orang geram tengok. Tu blm pakai baju perempuan.

3. Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat.
- Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin.

4. Saya kije syarikat isteri sy. Gaji 6000 sebulan. Tapi dia bagi 3K je kat saya, 3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut sy kawin sorang lagi. Apa hukum?
- Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.

5. Sorang maknyah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke?
- Tak wajib buat pembedahan semula
- Tanggung akibat tak dapat kahwin dsb.
- Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik.
- Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang.

6. Pegang tafsir Quran masa haid
- Boleh.

7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?
- Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.

8. Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima?
Ada tiga pendapat:
- Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat.
- hendaklah kita tunaikan solat2 fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. biar 5 fardhu jgn kurang.
- diterima, sebab kita dah sembahyang.
Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.

9. Apa hukum tak bayar tol?
- Apa tujuan buat tol? Kalau buat tol utk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan utk membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yg ada skang, utk maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar.

10. Jika isteri kuar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri kuar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?
- Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. kemungkinan takleh, dia boleh yang PASTI. kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami spt tak bagi nafkah.

11. Saya photographer part-time. Sy upload gambar tak brtudung. Publish utk marketing je. Hukum?
- Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat.

UAI: "Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam."

12. Jauh nak pulangkan al-Quran tempat jauh.
- Mesti diwujudkan benda yg sama di tempat tu balik dengan harga yg sama (ganti dengan bank-in duit ke apa ke). Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan.

13. Suami jenis ungkit.
- Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk keinsafan. Suami yang benar2 suami dia berani tukar nyawa dia kepada isteri dia.

UAI:"Rima tangkap bini, tok imam lawan tak ngn rima? sayang bini ke syg rima, kalau syg bini, lawan rima." UAI: "mmg dop lawan lah. rima tolong amik..alhamdulillah. boleh bini lain."

UAI: "Payah nak cari yg penyayang macam saya"

14. Jamak ke rumah mentua di Ganu. Umah di Putrajaya. Boleh ke jamak?
- Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya - Tganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di situ.
-3 hari dan kurang - musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas - pemukim.

15. Boleh amik air wudhu' putus2? amik kat rumah, perabis di surau.
- Sunat selesaikan segera amik wudhu'. Nabi SAW pernah amik wudhu' dua tempat.

16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bgtau isteri dia ke tak yang dia skandal?
UAI: jangan kabor kepada lawang, kabor kepada empunya diri. kita jumpa suami dia cakap ngn org puang. kita takleh kabor kat bini dia. kabor lah kat empunya diri. tanya dia utk tegur dan tahu perkara sebenar. jangan rosakkan rumahtangga orang.

17. Hukum doa fb.
- Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza2. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk2, sia2 perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.

18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram
- perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.
- suara ni ada dua hukum: suara aurat suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.
- sebaiknya, perempuan jgn nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.

19. Mengata orang dalam berceramah.
- Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak? Kalau yg Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )
- "celakalah org yg tidak solat. celakalah org yg minum arak." - ada dalam nas
- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.
- nasihat; benda yg lembut kita lembut, benda keras kena keras.
- jgn sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.

20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:
- Laki boleh rambut panjang jgn sampai nampak macam puang. org kata pompuang takleh.
- Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.
- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.
- Berambut panjang tidak salah.

21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?
- Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.

22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?
- Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.
- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak - pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram wlpn ayah dia bogel.
- Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik2nya. Aib pada mayat jika org lain nampak aurat si mati.

23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah wat benda buruk?
- amalan yg tidak diterima doa, doa org yg makan yg haram.
- kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yg menghalang doa diterima.

24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat? Tak dapat.

25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?
- Sumpah dikira bila kata "Demi Allah." Cth:"Wallah, Tallah".
- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.
- Dia boleh kahwin dengan org lain wlpn dah bersumpah atas nama Allah tp kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan org miskin.
- Iktibar lagu maher zain, "barakallahulakuma" utk ucap tahniah org kahwin. bukan kata, "moga kekal ke anak cucu."

26. Soalan terakhir. Bolehkah sy selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang2 dah mandi, baik mandi wajib.
- Jwbnya: bid'ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. mandi2 ni perintah Allah, takleh nak main2. mandi wajib ada sebabnya tersendiri. niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala.


Kredit: Dicatat oleh : admin Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah ( syabab musafir kasih ) - 29 Jan 2012, 10.30 malam.

Alhamdulillah..perkongsian Ilmu yang menarik. hanya tengok live streaming shj..walaubagaimanapun tetap terasa keberkatan dalam majlis ilmu tu...amin

Thursday, January 5, 2012

Hidayah Allah

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: “Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.”

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi ‘masalahnya’ semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; ” Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

“Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

“Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?”

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.

Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: “Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir.”

Mohammad Fitri Abdullah
“Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam,” jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.
Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.
“Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau,” jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.
“Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.
“Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu,” tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.
“Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din,” kata Fitri lagi.
Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.
Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. “Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.
“Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.
“Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini,” ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.
Wallahu’alam….

Dipetik Dari: halaqah.net

Alhamdulillah, semoga kisah ini jadi iktibar dan manfaat pada rakan-rakan sekalian. Syukur juga kerana dipertemukan dengan hamba Allah yang istimewa ini, dan kami selalu berurusan bersama. muhasabah diri seketika apabila mengenangkan ilmu di dada serta amalan kita yang sejak lahir Islam, disekolahkan di sekolah agama masih tidak cukup rasanya sebelum menghadap Illahi...

Wednesday, January 4, 2012

salam 2012

alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menghirup udara segar 2012. panjang umur dan murah rezeki sehingga hari ini masih mampu membesarkan anak yang tersayang fidaa hani serta memberi cinta kepada isteri yang dikasihi. hani pon da nak membesar, nak mai setahun da ujung bulan ni. insyaAllah ade rezki lebih, nak buat majlis kesyukuran untuk dia.

selesai suda pegembaraan cuti mgg lepas, daripada langkawi 3 hari dan sambung pulak ke terengganu lagi 3 hari. alhamdulillah semuanya berjalan dengan selamat dan sejahtera. ni pulak baru start kerja, dengan suasana yang hampir serupa. nak kata azam baru, xde la pulak. tapi setiap hari berdoa pada Allah agar menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. menginsafi diri sendiri dan muhasabah atas apa yang dilakukan. tahun da berubah, umur pon da naik, namun apa guna jika tiada perubahan di sisi Allah.

satu lagi, mintak dimudahkan hubungan dgn sahabat2, rakan2 dan ahli keluarga yang lain. juga pada adik2 yang dikasihi...mintak dihindari bencana atau malapetaka yang membuatkan kita berjauhan. amin..salam tahun baru 2012!