Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

double joy!

agak terlalu lama aku tidak membuat sebarang entry dalam blog ini. kini baru dapat ilham untuk berbicara mengenai apa. sudah tentulah merakamkan sedikit momen ketika bergelar ayah 30 januari 2011 yang lalu. kami sekeluarga peroleh dua kegembiraan pada hari itu, DOUBLE JOY!

alhamdulillah, syukur atas kurniaan Ilahi kerana menganugerahkan aku seorang bayi yang sempurna sifatnya. tanggal 30 januari 2011, 10.42 pagi, maka lahirlah zuriat aku dan MOH setelah lebih kurang 5 jam bertarung dan berjuang dalam labour room tu. seperti yg dijangka, aku tidak dibenarkan masuk untuk menemani isteri tercinta kerana polisinya yang telah ditetapkan. maka aku hanya redha dan berserah pada Yang Maha Berkuasa. tak keruan aku duduk kat luar tu sorang-sorang. makan tak selera, belipaper pon xde mood nak baca. 

sehingga lah detik lebih kurang jam 11 pagi aku doktor memanggil2 "sapa tunggu nurulhuda, sapa?" aku resah dan menyahut. dan doktor pun berkata...isteri awak dah SELAMAT melahirkan anak. Alhamdulillah. saat ini yg aku tunggukan. lebih kurang satu jam aku tunggu untuk ditemukan dengan anak aku tu. menitis air mata melihat wajahnya, inilah agaknya perasaan seorang ayah melihat anaknya yg baru lahir. normal la kan.

zuriat aku
 kegembiraan yang kedua pula adalah kelahiran anak angah ku, iaitu spupu buat anak aku ni jatuh pada hari yang sama. macam plan-plan je diorang ni nak keluar sama hari kan. tapi anak abang aku ni kuar awal sikit la, lebih kurang jam 1.00 pagi, tua 7-8 jam dari anak aku.

anak buah merangkap spupu anak aku
mengikut fitrah dan tuntutan islam, kedua-dua bayi ini telah diberikan nama. anak aku, Fidaa Hani Binti Mohamad Firdaus, manakala anak abang aku ni pulak diberi nama Insyirah Binti Faizal Ezali. nanti da beesar msti jadi kawan baik ni, da la besday sama-sama...sweeeet! nanti aku akan rajin-rajinkan jari jemari aku untuk upload lagi gambar2 terkini ok!

Tuesday, November 23, 2010

spm menjelang tiba

spm datang lagi menghantui student2 form 5 pada tahun ini. peperiksaan yang menjadi penentu atau titik permulaan karier bagi setiap pelajar ini sememangnya sangat dinanti-nantikan setelah berpeluh-peluh memerah keringat selama 2 tahun bermula dari form 4 dan form 5. aku dulu memang study last minit, sperti kebiasaan la, dan mmg aku target beberapa subject je, nak score. dan hasilnya, yang aku tak bajet dan target tu mmg kantoi sudah la, haha.

ada dedikasi penting untuk student2 spm esok. yang pertama skali adalah jaga hubungan dengan Allah, tu yang paling penting skali. cukupkan solat, banyakkan amalan sunat. mohon dgn Allah banyak2, moga dipermudahkan segala amalan nak menjawab nanti. yang kedua, haruslah kita bermaafan dengan kedua ibubapa skiranya ada perbuatan kita yang menyinggung mereka, kerana takut, perkara itu yang akan menjadi penghalang kita untuk score lebih cemerlang nanti. seterusnya, mintak maaf jugak dengan guru2 kita yang selama ini mengajar kita, minta keberkatan ilmu yang diberi kan serta mohonlah dengan mereka agar disebutkan nama kita dalam doa mereka. insyaAllah ada keberkatannya.

yang selebihnya tu, macam bese la, toksah baca2 da buku tebal2 time skang ni, baca nota2 ringkas je. yang mudah faham. buat ulangkaji dan perbanyakkan latihan. malam2 tidur awal, xyahla nak stayback sampai kol 2 ke 3, haram kejadahnya. kalo nak, bangun awal kol 5 ke 6. solat subuh teros lagi elok dan bermanfaat. makan pon kena jaga, elakkan makan makanan yang tak berkhasiat. kesihatan pon sama jaga. semua ni penting. dua tiga minggu ni je korang kena btol2 buat yang the best utk diri korang. pastu korang nak buat hal masing2 lantakla. spm ni la memudahkan korang semua nnti lepas abes skolah ni. dan sbenarnya, apa yg aku nasihatkan ni, aku tak penah buat, hahahahahaha. tapi pervayalah, bila kita da ada pgalaman yang sebegini, ia lebih berharga dan berguna buat adik-adik kita ni. kita tak buat bnda ni, dan sbenarnya kita rasa menyesal sbb apa tak buat. rasa nak amek lagi je untuk perbaiki kesilapan kita yang lalu.

buat adinda nun jauh di utara sana, kami di sini mendoakan yang terbaik untuk ko. ko lah harapan mak dan ayah buat masa ni. untuk diri kau jugak. kami yakin kau boleh melaksanakan apa jua susah dan senang yang datang melintang kat diri kau nanti. banyakkan bedoa pada Allah, dan yakin pada diri sendiri ok!

sedikit paparan sewaktu menghantar beliau ke skolah nya utk berjuang kali terakhir di musim 2010 ini...







do your best and wish you luck, siti aisyah!

Saturday, November 20, 2010

cuti-cuti telok batek

lama sudah meninggalkan tulisan di alam maya ni. kali ni nak becerita pasal percutian aku bersama-sama MOH dan adik-adiknya ke telok batik, lumut petang semalam. da lama nak bawak adik2 g jenjalan, tapi baru ni lah berkesempatan.

termasuk sepupu sepapat mereka, bersama acik yan sorang, perjalanan 3 buah kereta mengambil masa lebih kurang sejam itu untuk sampai di loksai yang hendak dituju. selepas solat, maka kami terus menuju ke telok batik itu untuk meneruskan impian kami untuk bermain air!

syok sangatlah tengok adik2 maen air. temasok aku skali. thanqs kat adik2, abg long ini sangat suka tengok keletah dan kegedikan kamu semua. kalo kt rumah je busan, kan kan kan. nanti kita plan lagi nak g mana2 cuti skolah ni tau. smpat lagi ngumpol duit, kita tunggu esah abes spm, bulan 12. utk adinda ira yg tak ikut smlam, sebab kena g skolah, nnt next event lak kita g ye. kita g semua skali...

ok la, tataplah beberapa gambar yang aku uploadkan uttk tatapan korang semua....

 
 

 
 
 

 
 




Tuesday, November 2, 2010

hijrah itu pengorbanan 3

alhamdulillah. gangguan hati da kembali tenang. syukur alhamdulillah, ukhwah yang dibina kerana Allah terus diberkatiNya. baru ada semangat nak buat blog, hehe. arini aku da start keje kat tempat baru. pergi lapor diri lebih kurang jam 9 pagi. nama je tempat baru, tapi satu bangunan gak. takde la best mana pon, sbb da bese ngan tmpat tu. agaknya kalo dpt tmpt baru lg, jauh dr sini mst best kan. suasana baru, dan sebagainya. ala, ckp lebih tapi bila da kena nnt menggelupur jugak..haha.

motivasi diri sendiri je la...
mcm bese la hari petama sbg org baru mmg dia bg cuti dan rehat yg secukupnya la. janggal pulak sbb da bese byk keje, tapi buat pon idak, haha. ni tiba2 kosong je atas meja. apa bnda la aku nak buat. mmg agak blur la.tapi tak leh nak wat apa pon, keje xdpt lg, buat diam2 sudah la. rajin sangat g cr kerja pon tak elok gak kan..hehe

dan tiba2 je aku teringat kat sahabat2 aku yang sedang sarat berjuang di tmpat keje lama. aku tengok da semakin berat ujian Allah bagi pada bahagian lama aku tu. salah faham yang berleluasa, persengketaan tiada berkesudahan, caci mencaci, sifat dengki mendengki dan sebagainya. ehm, bagi aku, semua pihak pun perlu besama2 hadapi masalah, cumanya, yelah...jurang yang begitu besar yang telah lama wujud antara dua pihak ni membuatkan sukar untuk mereka (kami jugak, temasok aku) untuk sepakat, seperti yang dianjurkan dalam agama kita. 

maafkan aku kawan2 yang dikasihi, aku tak dapat bersama2 berjuang mengharungi onak dan duri yang sedang kalian hadapi. bukan aku melarikan diri, tapi aku juga turut terkena tempias ombak badai yang sangat besar melanda bahagian kita ini, membuatkan aku terus tercampak ke satu tempat yang lain. kawan2 yang masih berada dalam 'kapal' tersebut, aku doakan smoga korang tabah, dan berjaya menemui jalan penyelesaian, insyaAllah. juga buat semua pihak yang bertelingkah, semoga Allah bukakan pintu2 hati kalian semua supaya berdamai dan segera diselesaikan masalah ini.


ehm, aku rindukan keadaan dan suasana yang tenang dan harmoni satu ketika dahulu. bilalah kita akan ditemukan semula dalam suasana yang indah ini. kalau tak dapat di dunia, ni insyaAllah di akhirat yang kekal abadi tu nnt kita buat date jmpa kat taman2 syurga yang indah tu, sambil menikmati sungai2 yang jernih dan tenang...Ya Allah, perkenankanlah doa kami ini!

Sunday, October 24, 2010

back to school!

hari ni hari petama sambung blaja setelah sebulan lebih cuti sem. bese la kelas pertama, bersemangat waja dan poyo skit. buku mcm bese, tiap2 sem kena beli baru, padahal buku nota sem lepas banyak lagi kosong. dan tak pakai. walaupun sudah agak bosan untuk duduk dalam kelas dan dgr lecture dari pensyarah, namun aku masih mengharapkan keberkatan ilmu yang bakal aku terima dari mereka. aku harus lebih fokus kali ni sbb da banyak duit aku labur untuk mndapatkan ilmu yg bermanfaat ni.

course utk sem ni mmg agak tough skit la. 2 subject perlu menggunakan medium bahasa arab sebagai pengantar komunikasi antara kami semua. tapi tidaklah se-skema itu yang harus kami kena ikut. ini semua adalah learning proccess. lecturer yg ckp arab penoh mmg tak paham lgsg kalo dia ckp laju. tapi nak bt mcm mana, da silibus nye mmg mcm tu kan.

setiap musim pembelajaran tu, pasti ada masalah tersendiri. cukup2 lah masalah kat opis tu, malas nak pikir da. msti best kalo da grade nanti kan. konvo bawak anak, masa tu mgkin dia 5 6 bulan, haha. berangan tak sudah. tapi itulah impian aku. bersama2 MOH yang tercinta. susah dan senang bersama akan ku abeskan jugak musim pengajian ni, untuk ilmu yang akan dibawa hingga akhirat kelak...insyaAllah. 
da la, saje je nak merepek malam2 ni. nak tidor la pulak. nagantuk bangat, sok ade kelas lain pulak. assalamaualaikum!

Tuesday, October 19, 2010

nilai se-scoop ice cream

setelah mengalami penderitaan batin akibat hijrah tempat kerja, haha, maka aku cuba merealese tension dengan melakukan bnda2 yang diluar kawalan. maka tersbutlah kisah bahawa aku telah dibelanja askem baskin robin oleh oyds, hehe. tersangatlah suka, walaupon agak mahal, beliau dengan selambenya mengeluarkan duit hasil titik pelohnya itu, walaupon pelohnya tidak kelihatan, hehe. 

perasa coklat
rase macam first time je makan askem ni, tapi tak tau la. cuma nak cite nilai se-scoop askem ni, membuatkan aku sangat lega dan tenang sebentar. sukeeee sangat, mmg best la. sedap tak sedap blakang citer la, tapi boleh mmbuatkan kita berasa sangat tenang. takde la pikir sangat masalah kerja ni.

k la, saje nak citer kena blanje..bangge siot, pada hal slalu je kena blanja, haha..thanqs sesangat tau, nnt blanje lagi yer..heeeeee...

Sunday, October 17, 2010

hijrah itu pengorbanan 2

sambung balik cite hijrah itu pengorbanan 1

dua tiga hari ni aku asik menung je pasai apa la bleh jadi lagu tu. dulu masa blaja kat matrik uiam, pj pon penah kena gak. misunderstanding pasal borang streamlining course. masa dapat offer letter dr uia, aku spatutnya daftar jadi budak econs, tba2 masa hari taklimat mula2 tu, kami semua budak2 econs disediakan satu borang survey jugak la, lebih kurang. dan dalam borang tu jugak ade la some questions pasal inerest kita pasal technology dan computers. aku pon dgn bangga je mnjawab yes, yes, yes, dan yes sbb aku mmg minat sebarang unsur IT, komputer, dan teknologi.

rupa2 nya borang tu adalah borang streamlining, di mana, mana2 plajar yang lebih cenderung kepada ict dan computers, maka mereka akan dihumban ke course baru iaiu ICT, yang kebetulan pada ketika itu, hanya 6 orang sahaja yang mendaftar asa a ICT students! so mmg ramai la yang terkena masa tu, mensirap je rasanya. tapi xleh buat apa la...terkena!

tapi, walau apa pon yang aku hadapi skarang ni, adalah be positif dan go ahead. takkan aku nak berpatah balik, dan menyatakan 'ya' pada program yang masih samar-samar statusnya itu. biarlah, takdir telah tertulis dan aku harus redha dengan semua ni. cumanya aku sangat2 disappointed dgn CARA aku dikeluarkan dari tmpat keje aku tu, sangat2 lah terhormat dan unpredictable decision.

aku ni bukanlah nak duduk kat situ je sampai ke mati. cumanya, banyak lagi kes-kes aku dengan klien yang masih belum dibereskan, masih beribu ilmu aku belum gapai dan aku sendiri, masih belum excellent dalam kerja yang ditugaskan kepada aku. aku juga impikan pengalaman dalam unit2 kecil yang lain, maksud aku pertukaran dalaman dan aku jangka dalam tempoh 2 tahun untuk established diri aku sebagai penjawat awam yang unggul! ceh, ckp macam hapa je, hehe.
dan yang paling sedeh skali bila nak jauh dengan kawan2 yg baik dan buat2 baik dgn aku ni..haha. ini pekara biasa la kan, tapi tak apalah, bukan nak g keje jauh2 pon. satu jabatan gak, hampeh tol. boleh je jumpa tiap2 ari. begadoh betumbuk, makan sama2, mengumpat sama2, main game sama2, kena marah sama2, pi mengular kt loyat sama2, tak puas ati dengan bos sama2, buat loan sama2, dan banyak lagi sama2 yang kami lakukan. pas ni tak ade lagi la nak makan nasi lemak singgit stengah dgn korang lagi..sob, sob, sob...sorang lagi, dah hampir setahun kenal, ni yang paling sedeh nak tinggal skali ni, tak dapek da nak raso pizza lagi, hehe. thanqs for ur advice and keep supporting me!

kenangan mulut itik
time gedik
Allah dah janjikan setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya. mungkin naik pangkat jadi JUSA terus ke pasni, hahaha. hijrah itu sebenarnya menjadikan kita lebih baik, insyaAllah. lebih baik dari apa yang kita ada skrang. mudah-mudahan. neway, aku ptt rasa bebangga jugak sbb peninggalan aku ni, xda lagi la buat onar besar2 ni, yg boleh mncalarkan imej aku sbg seorang suami, hehe. stakat sakit hati individu, macam xbagi pinjam pemadam tu, bese la, sume org ade kan skit2. kita bukan malaikat, boleh puaskan hatio sume orang. bos marah xsiap fail, masok lmbt, cuti xbitau, pon kira biase la tapi tak de la sampai bwk ke rumah. kira sori smapi opis je la. bos besar pulak sejak akhir2 ni asik soh mintak tolong dia je, msti dia sedeh aku nak blah kan, hahaha. harapan je la. 

ok la, panjang sangat da ni. kang muntah2 lak korang baca. nnt aku update lagi la dr semasa ke semasa...nak tgk bola jap...k!

Saturday, October 16, 2010

hijrah itu pengorbanan 1

satu masa yang tidak lama dahulu, aku dihulurkan sehelai kertas a4 tidak rasmi yang terkandung di dalamnya satu pertanyaan ikhlas tentang penambhbaikan dalam pekerjaan. satu survey di mana mahukan kepastian daripada semua pihak tentang satu program yang akan dilaksanakan kelak. seperti yang sedia maklum, dengan secara jujur dan telusnya aku mengatakan tidak pada program tersebut kerana komitmen ku pada pengajian aku di sebuah kolej di bangi. memerlukan pengorbanan yang besar dan komitmen sabtu dan ahad, aku surrender awal!

setelah beberapa bulan berlalu, rupanya kertas a4 yang tidak rasmi tersebut menjadi bahan rasmi pengurusan untuk menukarkan aku ke tempat lain. perkhabaran survey tersebut yang pada mulanya hanyalah 'khabar bapa pada anaknya', 'main-main je', 'saja tanya khabar' dan lain-lain lagi, hanyalah satu mainan politik di tempat kerja. kelalaian aku dalam menangani politik kotor ni menjerat diri aku sendiri!

aku bukanlah jenis yang terus membangkang benda yang tak pasti. bagi aku, mungkin program tersebut boleh dipertimbangkan lagi, dan aku juga teruja untuk merasai program tersebut.ini tidak, hanya dengan survey itu, aku sudah dianggap 'derhaka' pada majikan kerana tidak mahu mengikut program yang diaturkan mereka, walhal masa interview nak dapat keje aritu, semua boleh; keje lebih masa boleh, kena campak sabah sarawak boleh, kena hantar mandi mayat boleh, jadi imam boleh, dan lain2 lagi. 

macam panjang nak citer, nanti aku sambung lagi k, to be continued .........

Thursday, October 14, 2010

1malaysia, hanya pada nama?

1malaysia; konsep yang masih samar-samar pada jiwa setiap rakyat negar kita. aku sendiri tak brape nak paham sangat. cuma apa yang aku tau, konsep keseluruhan rakyat malaysia dan melibatkan semua kaum di negara kita. cumanya, sejauh manakah aplikasi 1malaysia ini diamalkan oleh rakyat negara kita?

"hari selasa yang lepas, aku telah ditimpa musibah kecil dari Allah. moto aku buat hal tepi jalan. rantai terlucut dari spoketnya. memandangkan takda spare part yang mencukupi, maka aku pon meneleponlah no yg tertera di tepi2 jalan tu untuk datang membantu aku.

sedang aku menunggu si runner tu dtg tlg aku, tba2 je terdengar bunyi motor jatuh, depan mata aku dia tergolek-golek mcm aksi stun kat tv tu! putih semacam mamat ni, bermotor besar. lalu dia pon menjerit dan melalak kesakitan. aku pon yg kebetulan ada kat situ pon pegilah menengoknya. ramai la sukarelawan yg menunggang motor turut sama membantu aku membantu mamat ni tadi.

maka telah ditakdirkan atas diriku ini untuk menyaksikan kejadian itu depan mata. mamat ni tadi, telah patah tangan sebelah kanan dia, sebab tersalah landing masa jatuh tu. mujur tak ade kecederaan yang lain menimpa dia. dia pon masih boleh berjalan lagi, tapi muka ketat la, sakit tu! ini semua angkara pasir yang ada kat tengah2 jalan tu, menyebabkan kejatuhannya tadi. tapi dah takdir dia nak eksiden kan."

tapi, apa yang aku nak highlight kan kt sini, bukan pasal eksiden tu, tapi disebalik kejadian eksiden. mamat yang eksiden tu, adalah lelaki berbangsa cina. yang bestnya, lelaki berbangsa india yang berenti masa eksiden tu, dengan sepantas kilat tolong teleponkan ambulans supaya cepat sampai, dan seperti biasa, tukang membantu ramai-ramai ni, sekali dengan tukang tengok (termasuk aku la), adalah kaum melayu. walaupun bukan kaum sejenis dengan mereka yang eksiden, tapi sikap bantu membantu, dan belas kasihan inilah sebenarnya membuatkan semangat sesama kita rakyat malaysia sangat megah dan hebat!

kalau nak diikutkan sifat perkauman yang menebal, aku kira, mamat cina tadi menanges sampai ke tengah malam la jawabnya. sbb mana ada org cina nek moto2 mlm2 camni nek heway. suma melayu dgn india je. daripada saat dia terjatuh, sehinggalah dia dimasukkan dalam ambulans tu, sumenya berjalan lancar hasil muafakat dan aspirasi kaum melayu dan india,ade la skit2 budak sabah tu tolong2. 


bukan ke bagus kalau ini semangat 1malaysia yang kita dukung? bukan dengan 1malaysia ni asik nak mintak bukan2 je. kaum ni nak mcm ni, kaum tu nak macam ni. mengambil kesempatan namanya. kesamarataan dan keadilan sesama kaum tak boleh diusik selagi perlembagaan negara berdiri megah atas undang-undang malaysia. melayu ada hak dia, cina ada hak dia, dan begitu juga dengan india. hormatilah agama dan bangsa sesama kita. dalam islam pon ade ajar, jangan memusuhi org bukan islam selama mana dia berbuat baik dengan kita. barulah boleh tunjuk islam tu cantik dan indah. insyaAllah sama-sama kita amalkan!

Tuesday, October 12, 2010

101010


smalam, berlalu sudah tarikh istimewa melalui zahirnya, 10-10-2010. istimewa bagi namanya, dan sudah pasti ramai manusia di luar sana mahu mengabdikan tarikh tersebut pada salah satu sejarah dalam diri mereka. seperti kebiasaan, tarikh yang istimewa ini telah dipilih dan ditakdirkan oleh Allah atas pasangan2 yang ingin mendirikan masjid pada hari itu. antara nama-nama yang gah boleh disebut di sini adalah dr sheikh muszaphar, tokey sani ekspress, aqasya, dan ramai lagi sebenarnya yang cuba mengukir tarikh 101010 ini dalam hidup mereka yang terindah ini.


tidak kurang juga pada tarikh ini telah berlaku peristiwa yang menyayat hati, tragedi kemalangan jalan raya yang paling seksa untuk dilihat dan ditonton. 12 orang termaut manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau. sedih melihat bergelimpangan mayat yang berada di sekitar kejadian. amat menyayat hati.


adik ipar aku juga memilih tarikh ini untuk mengikat tali pertunangannya dengan gadis yang sudah dikenalinya dan diperkenankan untuk dijadikan menantu mak. perjalanan yang agak tak jauh, dari rumah kami ke rumah bakal tunangnya, perjalanan mengambil masa 15 minit, xsampai pun actually. berikut adalah gambar di sekitar majlis tersebut...


 


 

ok la, tahniah pada EP yang berjaya mengikat tali pertunangannya dengan nasuha. jaga hubungan moga kekal hingga akhir hayat insyaAllah. juga sebagai peringatan buat kita semua, tarikh istimewa ini bukanlah penentu dan pengukur kepada segala kekayaan, keuntungan dan kebahgiaan kita di dunia ini. semuanya telah ditakdirkan oleh Allah SWT. risau takot ade umat islam yang sangat taksub dengan sesuatu tarikh dan menganggapnya sebagai 'kuasa atau magik', boleh dianggap sbg syirik kecil, nauzubillah.