Tuesday, November 2, 2010

hijrah itu pengorbanan 3

alhamdulillah. gangguan hati da kembali tenang. syukur alhamdulillah, ukhwah yang dibina kerana Allah terus diberkatiNya. baru ada semangat nak buat blog, hehe. arini aku da start keje kat tempat baru. pergi lapor diri lebih kurang jam 9 pagi. nama je tempat baru, tapi satu bangunan gak. takde la best mana pon, sbb da bese ngan tmpat tu. agaknya kalo dpt tmpt baru lg, jauh dr sini mst best kan. suasana baru, dan sebagainya. ala, ckp lebih tapi bila da kena nnt menggelupur jugak..haha.

motivasi diri sendiri je la...
mcm bese la hari petama sbg org baru mmg dia bg cuti dan rehat yg secukupnya la. janggal pulak sbb da bese byk keje, tapi buat pon idak, haha. ni tiba2 kosong je atas meja. apa bnda la aku nak buat. mmg agak blur la.tapi tak leh nak wat apa pon, keje xdpt lg, buat diam2 sudah la. rajin sangat g cr kerja pon tak elok gak kan..hehe

dan tiba2 je aku teringat kat sahabat2 aku yang sedang sarat berjuang di tmpat keje lama. aku tengok da semakin berat ujian Allah bagi pada bahagian lama aku tu. salah faham yang berleluasa, persengketaan tiada berkesudahan, caci mencaci, sifat dengki mendengki dan sebagainya. ehm, bagi aku, semua pihak pun perlu besama2 hadapi masalah, cumanya, yelah...jurang yang begitu besar yang telah lama wujud antara dua pihak ni membuatkan sukar untuk mereka (kami jugak, temasok aku) untuk sepakat, seperti yang dianjurkan dalam agama kita. 

maafkan aku kawan2 yang dikasihi, aku tak dapat bersama2 berjuang mengharungi onak dan duri yang sedang kalian hadapi. bukan aku melarikan diri, tapi aku juga turut terkena tempias ombak badai yang sangat besar melanda bahagian kita ini, membuatkan aku terus tercampak ke satu tempat yang lain. kawan2 yang masih berada dalam 'kapal' tersebut, aku doakan smoga korang tabah, dan berjaya menemui jalan penyelesaian, insyaAllah. juga buat semua pihak yang bertelingkah, semoga Allah bukakan pintu2 hati kalian semua supaya berdamai dan segera diselesaikan masalah ini.


ehm, aku rindukan keadaan dan suasana yang tenang dan harmoni satu ketika dahulu. bilalah kita akan ditemukan semula dalam suasana yang indah ini. kalau tak dapat di dunia, ni insyaAllah di akhirat yang kekal abadi tu nnt kita buat date jmpa kat taman2 syurga yang indah tu, sambil menikmati sungai2 yang jernih dan tenang...Ya Allah, perkenankanlah doa kami ini!

1 comment: