Friday, September 24, 2010

tempat lahirnya anak adam


hari ini, dengan rajin dan semangatnya aku telah me-nyurvey beberapa klinik untuk kajian tempat bersalin yang islamik la. buat sang suami yang mana2 tgh survey mana nak bagi isteri bersalin, boleh la tgk kajian aku yang tak seberapa ni. baru 2 3 tempat aku survey, selebihnya korang carik sendiri la. yang aku cari ni, dekat dengan area shah alam je. ada lagi kat bangi dan sebagainya. nnt pulak la tgg aku rajin, aku buat entry lain k, hehe. untuk makluman aku jugak sbenarnya. kot2 ada rezki lebih boleh bagi isteri selesa skit kat klinik2 ni.

menghitung hari



KLINIK BERSALIN ANNUR
1G-2, Pusat Daerah, Jln Cenderawasih 6/7,
Seksyen 6, Shah Alam.
Tel: 03-5519 9354
Isnin - Khamis: 9.00 Pagi - 4.00 Petang
Jumaat: 4.00 Petang - 9.00 Malam
Bersalin – 24 Jam

Bil Pembiayaan Untuk Kes Bersalin:
·         Menyambut bersalin normal                       RM500.00
·         Forcep / Vacuum                                         RM100.00
·         Episiotomy /  Stitch                                     RM90.00 ++
·         Drip                                                               RM45.00++
·         Ujian Makmal                                              RM25.00++
·         Penginapan                                                 RM70.00 - RM120.00
·         Penjagaan bayi & imunisasi                      RM150.00++
*Tambahan RM50.00 bagi
1.    Anak pertama
2.    Sekiranya tiada tempahan
3.    Kandungan ke 6 dan seterusnya
4.    Lain-lain kes berisiko tinggi

Ekstra: Kosnya dalam RM1400.00 ke bawah. Tapi klinik ni hanya buat rawatan bersalin normal sahaja. Nak operate tempat lain yer. Anytime boleh datang, xperlu buat tempahan, boleh datang terus sahaja. Kalau buat check-up kat sini pun lagi bagus, doktor boleh kenal2 apa masalah kita

DARUL EHSAN MEDICAL CENTRE – SHAH ALAM, SELANGOR
DEMC Specialist Hospital
No 4 Jalan Ikhtisas, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
No Telefon : 0355151888

Ekstra: sekurang-kurangnya 2 kali check-up. Operate rm6500, skurang-kurangnya la. Boleh booking 3 available doktor perempuan. Ni pakej yang ada..
SVD Package (Two bedded) = From RM 2,040.00
SVD Package (Single room) = From RM 2,200.00
Kos2 kat sini dah termasuk pakej yang mengandungi : O&G charges, baby screening by Paediatrician, Vitamin K injection, BCG injection, Hepatitis B injection (1st dosage only), nursery charges, room charges and diet
 
HOSPITAL BERSALIN RAZIF
No. 33,35,37 & 39, Jalan Sri Sarawak 20A/KS2,
Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Telephone : 603 – 3323 7394
Fax    : 603 – 3323 7058

Harga Pakej (Bersalin Normal – Open Ward) = RM 1350.00
Package mengandungi :
  • 2 nights stay in the ward
  • Food
  • Medication for normal delivery
  • Consultation for normal delivery
  • Baby screening
  • Baby routine care
  • Immunization for baby
  • Equipment for normal delivery
  • Supplies & disposable
* If its involved caesarean (LSCS) , cost : RM 3700.00

Ekstra: kalau nak bersalin kat sini, kena la check-up paling kurang sekali atau 2 kali kat sini. Ada 5 doktor perempuan yang available. Macam bese la ade exstra caj kalau ade apa2 additional, contoh vakum dan sebagainya.

hospital bersalin razif, antara yang terkenal di lembah klang

HOSPITAL BESAR TENGKU AMPUAN RAHIMAH
Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah,
Jalan Langat, 41200 Klang,
Selangor, Malaysia.

Ekstra: Buat penjawat awam, hanya bawa GL sahaja k! Haha. Semua ditanggung beres! Cumanya doktor tak boleh demand la, laki ke pompuan. Ikut je la, nama pon hospital kerajaan, doktor pon penjawat awam gak, kalau semua doktor pompuan je yang nyambutnya, kang diorang kata doktor laki ni makan gaji tak buat keje pulak kan.

weeekk...weekkk
menanti hari saat begini, bahagia!
ok la, amacam. ok tak. kalau korang tak puas ati, boleh kol sendiri diorang ni. mungkin aku punya kajian ni tak bape nak complete. yang EKSTRA tu, aku talipon sendiri klinik tu, dan itu adalah antara hasil perbualan aku dengan operator klinik tersebut. bese la, org laki tanya apa yang dia tau je la kan, haha. 

pape pon, jangan lupa KOMEN k!

3 comments:

  1. so dah decide ke spital mana nak pegi..

    ReplyDelete
  2. hehe..baru je tepon2 tadi..ade cadangan?

    ReplyDelete
  3. x kesah la ko nak bawa isteri ko bersalin kat mana pun.jnji selamt.tp akak ada 1 pertnyaan.ko ada planning nak tambah anak buat masa terdekat x.klu x,aku nak ingatkn ngko,nnt lepas je bersalin (ndak2 klu masih berada dhospital),1 pantang yg ko kene jaga, jgn sekali2 ko benarkn isteri ko mengucapkan "aduh...sakitnya bersalin....cukuplah satu ni dulu...taubat....tak nak mengandung lagi" atau ayat yg sewaktu dengannya.nape akak kata pantang???coz dah byk yg terjd termasuklah akak ni....ko nak tau apa yg akan jd....confirm....thn depan tambah lagi 1.ha3x.....x caya cuba la....

    ReplyDelete