Tuesday, September 28, 2010

exam yang meresahkan

Besok bermulah detik peperiksaan yang sepatutnya aku da settle kan sblom raya lg. tapi disebabkan masalah yang mendatang dan menyakitkan hati tu, maka baru la esok aku akan meneruskan perjuangan aku itu. Aku sepatutnya bersyukur kerana Allah masih izinkan aku untuk mengambil peperiksaan ini dengan dipermudahkan jalan yang Dia tunjukkan pada aku. Sekurang-kurangnya tak de la aku repeat subject sem depan.

MOH aku pon akan bersama-sama senang dan susah bersama suami tercintanya ini. Ditemani beberapa orang rakan lagi, insyaAllah semuanya akan berjalan lancar seperti biasa. Herm, taka pa lah, ini semua ujian dan dugaan yang harus aku lalui sebelum bergelar seorang guru. Ade hikmah di sebalik setiap kejadian, itu Allah dah janjikan. Kita sebagai hamba hanya redha dan pasrah apa yang berlaku.

Ade tiga sem lagi yang aku harus lalui termasuk sem terakhir, praktikum. Aku harap tak ada masalah besar lain yang boleh mengganggu gugat impian aku menjadi graduan pendidikan. Semua rakan sebaya sekurang-kurangnya dah ada diploma, dan selebihnya degree. Ada sebahagian yang aku terdengarsedang amek master. Wow! Aku harap boleh jadi mcm mereka. Alhamdulillah, aku dikurniakan sifat hasad dengki yang membuatkan aku berusaha untuk mencuba lebih baik buat diri aku. Ya, sekarang adalah masanya aku challenge diri aku menjadi lebih baik dari dulu. Sejarah hitam yang pernah membelenggu aku satu ketika dahulu Berjaya aku hapuskan sedikit demi sedikit. Ini semua berkat dorongan dan support dari kawan2 yang tak pernah ketepikan aku walau mereka tahu sejarah silam aku. Aku tekad menjadi insan lebih baik, dan menjadi contoh pula kepada mereka, insyaAllah. Thanqs kengkawan!

Dah la tu, merapu meraban lak aku ni. Nak study ni k!

No comments:

Post a Comment