Thursday, September 30, 2010

'pantang betul lelaki macam ni!' - wanita

hari ni skali lagi aku nak share yang berkait dengan kehidupan kita. macam biasalah, korang sume jangan percaya 100 percent la, sbb ini hanya kajian manusia semata-mata. cumanya, kalau ada yang terkena, sekadar kebetulan yang telah ditetapkan oleh Allah. dan sbenarnya untuk perbaiki dan betulkan kelemahan yang kita ada., sentiasa perbaiki kelemahan yg kita ada, dan berusaha mnjadi yg lebih baik setiap hari, insyaAllah.

mengikut kajian/pendapat ini, ada 13 jenis2 atau sifat lelaki yang wanita sangat pantangkan, atau kalimah yang lebih sesuai tidak gemar dan tidak selesa dengannya. moh kita baca sikit:
  1. suka menyampuk alasan lelaki selalunya bosan dengan sikap wanita yang berlama-lama membincangkan sesuatu topik. cara terbaik menamatkannya ialah dengan cara menyampuk. tetapi lelaki silap, wanita akan menjadi marah pabila perbualannya tidak didengar dengan tekun
  2. memerintah apabila memerlukan sesuatu, lelaki seperi memberi perintahdan bukan permintaan. misalnya, 'buka pintu', 'buatkan kopi', 'angkat kasut' tetapi tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti 'boleh tolong buatkan kopi?' atau 'tolong buka pintu itu'
  3. bergurau kasar gurauan kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita, apatah lagi jika menggunakan jenaka yag berbaur 'sexiest'. apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata, 'gurau pun tak boleh?'
  4. cepat naik berang sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. sebab itu wanita lebih suka berkongsi pendapat dengan teman wanita yang lain.
  5. cakap besar sikap lelaki yang suka 'syok sendiri' membosankan. bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling sempurna!
  6. suka mengawal jika wanita menghampiri lelaki dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan mereka tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. memberi huraian yang tidak dipinta.
  7. ego sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. tidak mahu merendahkan diri. aduh lelaki, hebat sangtkah anda?
  8. tidak suka meluah emosi walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing serta terabai
  9. buat wanita rasa bersalah jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang kurang menyenagkan, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan kepada perkara yang disebutkan
  10. lokek beri pujian lelaki suka dipuji, tetapi berat memberi pujian, sama ada masakan sedap atau pakaian isteri cantik. mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya. tetapi b ula nampak sahaja perempuan cantik lain. cepat saja mulutnya terlopong kagum!
  11. pengotor tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atauyang suka mengotorkan persekitarannya sendiri
  12. alpa hari istimewa wanita bersifat nostalgik dan romantis, memang menyenagi pemberian hadiah bermakna terutama sekali diraikan pada hari-hari istimewa. tetapi lelaki selalu mengabaikan keinginan wanita sebegini.
  13. tidak tunjuk rasa kasih wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.
sumber: majalah Eh! edisi Oktober 2010. teks oleh mohd faizal harun. (selebihnya sila beli edisi terbaru ini ok!)


kadangkala perkara ini ada benarnya. baik hubungan sesama keluarga, suami dan isteri dan sahabat handai. perlulah kita baiki sesama kita untuk memperelokkan hubungan. aku baca sendiri pun ada terkena dalam diri sendiri jugak, cuma kita tak sedar je benda tu. dan yang paling penting, bnd2 yg disebutkan di atas bukan Allah jadikan untuk lelaki sahaja, tapi juga untuk kaum Hawa, maka sama-sama lah kita beringat dan meperingati antara satu sama lain, insyaAllah.

"sebarkan ilmu, walau satu ayat"

Tuesday, September 28, 2010

exam yang meresahkan

Besok bermulah detik peperiksaan yang sepatutnya aku da settle kan sblom raya lg. tapi disebabkan masalah yang mendatang dan menyakitkan hati tu, maka baru la esok aku akan meneruskan perjuangan aku itu. Aku sepatutnya bersyukur kerana Allah masih izinkan aku untuk mengambil peperiksaan ini dengan dipermudahkan jalan yang Dia tunjukkan pada aku. Sekurang-kurangnya tak de la aku repeat subject sem depan.

MOH aku pon akan bersama-sama senang dan susah bersama suami tercintanya ini. Ditemani beberapa orang rakan lagi, insyaAllah semuanya akan berjalan lancar seperti biasa. Herm, taka pa lah, ini semua ujian dan dugaan yang harus aku lalui sebelum bergelar seorang guru. Ade hikmah di sebalik setiap kejadian, itu Allah dah janjikan. Kita sebagai hamba hanya redha dan pasrah apa yang berlaku.

Ade tiga sem lagi yang aku harus lalui termasuk sem terakhir, praktikum. Aku harap tak ada masalah besar lain yang boleh mengganggu gugat impian aku menjadi graduan pendidikan. Semua rakan sebaya sekurang-kurangnya dah ada diploma, dan selebihnya degree. Ada sebahagian yang aku terdengarsedang amek master. Wow! Aku harap boleh jadi mcm mereka. Alhamdulillah, aku dikurniakan sifat hasad dengki yang membuatkan aku berusaha untuk mencuba lebih baik buat diri aku. Ya, sekarang adalah masanya aku challenge diri aku menjadi lebih baik dari dulu. Sejarah hitam yang pernah membelenggu aku satu ketika dahulu Berjaya aku hapuskan sedikit demi sedikit. Ini semua berkat dorongan dan support dari kawan2 yang tak pernah ketepikan aku walau mereka tahu sejarah silam aku. Aku tekad menjadi insan lebih baik, dan menjadi contoh pula kepada mereka, insyaAllah. Thanqs kengkawan!

Dah la tu, merapu meraban lak aku ni. Nak study ni k!

Sunday, September 26, 2010

budaya yang membimbangkan!

seperti biasa, tradisi turun temurun mengadakan open house atau rumah terbuka kini sudah setat. amalan kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi tidak dilupakan bagaikan sudah mnjadi kewajipan tiap kali tibanya syawal. namun amalan yang digalakkan oleh islam ini tidak hanya semestinya pada bulan syawal, namun bulan-bulan yang lain juga boleh diamalkan supaya hubungan silturrahim dapat dikekalkan dan dicantum erat.

semalam, ari sabtu saja aku telah terima 7 undangan yang dijempot oleh rakan2 serta sahabat handai. tapi aku dapat pergi 3 tempat sahaja. arini, ahad, ada la dua tiga tempat yang dijempot. tapi kena pikirkan dulu la, tak semua jmpotan dapat aku penohi. kalo bujang dulu boleh la aku lenjan sume, skang ni, xdpt la, hehe.

bagaikan tiada noktah, ibadat MAKAN ku semakin berleluasa. dengan musim perayaan aritu, ditambah dengan open house yang telah dan akan datang ni, ape la nk jadi dgn nasib perot ku kan? bukan takut gmok atau buncit, tapi kenyataannya, kesihatan yang tak menentu tu boleh menyebabkan rasa x sedap je. nak buat apa pun tak boleh. sebab tu, kalo pergi open house, mkn skit2 je. jgn nak melantak sumenye. kalo ikut nafsu ni, sume nak rasa, haha.

tradisi turun temurun
so, berdirinya saya di sini, ingin saya tegaskan, makan lah secara iman dan amal, haha. jangan melantak sesuka hati je. jaga kesihatan, kalo boleh buat pose 6 tu,hehe. ckp kat orang diri sendiri buat ke idak ni. kalo umah pertama da melantak banyak, kompom umah keduaxmkn da. so kena bajet la ruang dalam perot tu, ok! jgn jadi mcm ni...


ok la. tapi pape pon, kalo ad open house jgn takut2 nk ajak aku, insyaAllah ade masa aku g umah korang k! kpd kengkawan dan sedara mara yg da jmpot, tp tak smpat nak g, mintak maaf bebanyak k. insyaAllah next time kita raikan!

Friday, September 24, 2010

tempat lahirnya anak adam


hari ini, dengan rajin dan semangatnya aku telah me-nyurvey beberapa klinik untuk kajian tempat bersalin yang islamik la. buat sang suami yang mana2 tgh survey mana nak bagi isteri bersalin, boleh la tgk kajian aku yang tak seberapa ni. baru 2 3 tempat aku survey, selebihnya korang carik sendiri la. yang aku cari ni, dekat dengan area shah alam je. ada lagi kat bangi dan sebagainya. nnt pulak la tgg aku rajin, aku buat entry lain k, hehe. untuk makluman aku jugak sbenarnya. kot2 ada rezki lebih boleh bagi isteri selesa skit kat klinik2 ni.

menghitung hari



KLINIK BERSALIN ANNUR
1G-2, Pusat Daerah, Jln Cenderawasih 6/7,
Seksyen 6, Shah Alam.
Tel: 03-5519 9354
Isnin - Khamis: 9.00 Pagi - 4.00 Petang
Jumaat: 4.00 Petang - 9.00 Malam
Bersalin – 24 Jam

Bil Pembiayaan Untuk Kes Bersalin:
·         Menyambut bersalin normal                       RM500.00
·         Forcep / Vacuum                                         RM100.00
·         Episiotomy /  Stitch                                     RM90.00 ++
·         Drip                                                               RM45.00++
·         Ujian Makmal                                              RM25.00++
·         Penginapan                                                 RM70.00 - RM120.00
·         Penjagaan bayi & imunisasi                      RM150.00++
*Tambahan RM50.00 bagi
1.    Anak pertama
2.    Sekiranya tiada tempahan
3.    Kandungan ke 6 dan seterusnya
4.    Lain-lain kes berisiko tinggi

Ekstra: Kosnya dalam RM1400.00 ke bawah. Tapi klinik ni hanya buat rawatan bersalin normal sahaja. Nak operate tempat lain yer. Anytime boleh datang, xperlu buat tempahan, boleh datang terus sahaja. Kalau buat check-up kat sini pun lagi bagus, doktor boleh kenal2 apa masalah kita

DARUL EHSAN MEDICAL CENTRE – SHAH ALAM, SELANGOR
DEMC Specialist Hospital
No 4 Jalan Ikhtisas, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
No Telefon : 0355151888

Ekstra: sekurang-kurangnya 2 kali check-up. Operate rm6500, skurang-kurangnya la. Boleh booking 3 available doktor perempuan. Ni pakej yang ada..
SVD Package (Two bedded) = From RM 2,040.00
SVD Package (Single room) = From RM 2,200.00
Kos2 kat sini dah termasuk pakej yang mengandungi : O&G charges, baby screening by Paediatrician, Vitamin K injection, BCG injection, Hepatitis B injection (1st dosage only), nursery charges, room charges and diet
 
HOSPITAL BERSALIN RAZIF
No. 33,35,37 & 39, Jalan Sri Sarawak 20A/KS2,
Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Telephone : 603 – 3323 7394
Fax    : 603 – 3323 7058

Harga Pakej (Bersalin Normal – Open Ward) = RM 1350.00
Package mengandungi :
  • 2 nights stay in the ward
  • Food
  • Medication for normal delivery
  • Consultation for normal delivery
  • Baby screening
  • Baby routine care
  • Immunization for baby
  • Equipment for normal delivery
  • Supplies & disposable
* If its involved caesarean (LSCS) , cost : RM 3700.00

Ekstra: kalau nak bersalin kat sini, kena la check-up paling kurang sekali atau 2 kali kat sini. Ada 5 doktor perempuan yang available. Macam bese la ade exstra caj kalau ade apa2 additional, contoh vakum dan sebagainya.

hospital bersalin razif, antara yang terkenal di lembah klang

HOSPITAL BESAR TENGKU AMPUAN RAHIMAH
Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah,
Jalan Langat, 41200 Klang,
Selangor, Malaysia.

Ekstra: Buat penjawat awam, hanya bawa GL sahaja k! Haha. Semua ditanggung beres! Cumanya doktor tak boleh demand la, laki ke pompuan. Ikut je la, nama pon hospital kerajaan, doktor pon penjawat awam gak, kalau semua doktor pompuan je yang nyambutnya, kang diorang kata doktor laki ni makan gaji tak buat keje pulak kan.

weeekk...weekkk
menanti hari saat begini, bahagia!
ok la, amacam. ok tak. kalau korang tak puas ati, boleh kol sendiri diorang ni. mungkin aku punya kajian ni tak bape nak complete. yang EKSTRA tu, aku talipon sendiri klinik tu, dan itu adalah antara hasil perbualan aku dengan operator klinik tersebut. bese la, org laki tanya apa yang dia tau je la kan, haha. 

pape pon, jangan lupa KOMEN k!

Wednesday, September 22, 2010

sayang ke?

harini aku nak share sikit pasal mende ni. kita perlu tahu, bahawa ada orang yang mungkin menyayangi kita namun tak kita sedari dan tak melayannya. INGAT, semua kajian ini hanyalah kebetulan semata-mata, amat karut untuk dipercayai 100%. perkara ini amat subjektif, kerna hati kita berlainan. sifat ini Allah datangkan pada hambaNya berbeda-beda jalan dan caranya. hanya sebagai panduan untuk kita semua. satu lagi, cinta dan sayang bukan hanya bagi PEREMPUAN-LELAKI, barangkali hubungan sesama kita manusia, sahabat baik, kita dan keluarga kita sendiri.



"Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu."
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta."
sumber: http://www.tentangcinta.com/
    maka, dengan ini, jika ada, keluarga kita, sahabat handai, sanak saudara yang ada ciri-ciri seperti ini, perlulah kita hargai dan respon dengan baik. jangan menyesal andai mereka yang menyayangi kamu ini sudah pergi menghadap Illahi buat selama-lamanya, barulah kita terhegeh2 mencari dan mengenang segala kebaikannya, walhal masa hayatnya nama dia pun tak pernah ada dalam contact list kita........

    "sebarkan ilmu, walau satu ayat"

    Tuesday, September 21, 2010

    putus sudah kasih

    pagi tadi aku pegi keje dengan niat yang murni lagi suci. smpat beli nasi lemat kat area umah aku tu buat bekal mkn kat opis nanti. nak cerita bab motor LC kesayangan aku tu. dua tiga hari ni rantai dia xbape nak betol sangat. longgar dan berkarat abes, yela da xguna 2 minggu raya aritu. mmg niat di hati ni nak berubatkan la moto aku tu, tapi tak sempat2 nyinggah ke kedai. 

    on the way nak ke opis tu rantai aku stuck dan keluar dari landasannya. nasib bek tak sangkut kat mana2 bhgn, kalo xnaya je tepi jalan tu. aku masukkan la balik rantai tu dgn eloknya ke tempat asalnya. pastu aku pon cool la mmbawak moto itu dengan perlahan gila, bajet tak nak dia buat hal lagi la. agak jauh perjalanan aku rasa mcm ok je, dan mula memecut tahap sederhana la, takut lmbt kan. dalam pala otak aku ni ada dua; pergi kedai dulu-moto elok-tapi punch kad merah ataupun pergi opis dulu-punch kad ok-baru g kedai moto-tapi takut dia bt hal lagi.

    setelah mmbuat pertimbangan secara melulu, aku pon memilih option yang kedua, iaitu pegi opis dulu, sbb nak keja punch kad. sbb bulan ni aku da ade dua merah, so xnak la ade merah ketiga, hihi. disimpulkan cerita, da nak dekat sampai, lebih kurang 2 km dari opis tu berlakulah satu bunyi yang menggerunkan diri aku, haha. semestinya aku sudah mengagak bunyi tersebut iaitu bunyi rantai putus, hahahaha. 

    comel tak rantai ni
    naseb bek la opis da dekat. aku parking jap kat bangunan ktm sebelah opis aku tu, maka aku berlari-lari anak mengejar waktu punch kad. tiba saje di mesin punch kad itu, luluh hati aku bila meilhat jam di mesin itu menunjukkan 8.31am!! apalah nasib badan, lewat seminit.

    akhirnya, pepatah melayu "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran" kena tepat kat muka aku. biarla masuk lmbt pon yang penting keselamatan aku dan motor terjaga, kan2. nyesal tak guna, da jadi da pon, hehe. putus juga rantai dengan motor kesayangan aku itu, terlerai sudah kasih yang mereka jalinkan selama lebih kurang 2 bulan itu. rantai yang aku tukar dulu mmg xtahan pon. pengajaran dari kisah ini buat diri aku adalah....
    1. jangan bersifat tamak
    2. pentingkan mana yang lebih penting dulu
    3. bawak motor pelan2, agak2 20-50...(boleh ke?)
    4. kalo nak tukar spare part motor beli yang tahan lama tros
    5. jangan kuar lambat dr umah nk ke opis!

    Sunday, September 19, 2010

    baraan 9 syawal

    syawal smakin riuh nampaknya. ke sana ke mari berjalan-jalan mengutip sisa-sia silaturrahim yang tidak dipedulikan sejak skian lama. memohon kemaafan sanak saudara setahun skali menjadi kewajipan kita umat Islam di Malaysia ini. aku pun xterlepas dari suasana ini. lagi2 da berkeluarga kecil ni, semakin ramai external relatives aku dapat. ini la masanya nak kenal saudara baru, kulaan ker, ape ke, haha. rumah sedar pon nak kena hafal, nnt ada apa2, senang nak singgah.

    baraan 9 syawal smalam bermula di kota damansara. menziarah+beraya+menyambut+meraikan di rumah kak umi, spupu MOH aku yang baru sahaja melahirkan puteri keduanya, Amani Bt Zolkifli. aku dan MOH, lina, laki dia, mak de, kaka ana n laki dia bersama anak-anak mereka turut sama memenohkan rumahnya. malangnya, bapak si amani ni keje la pulak, bese la ari sabtu. yg dtg tgahari sapa suroh, haha. 

    amani yg cumel
    kakaknya, durani yg sedang mentelaah makanan
    kak ana dan suaminya
    ni baby da genap stahun smalam
    mak amani dan mak longnya
    mewarisi muka kakaknya durani, amat comel skali wajah si amani tu. kacak bergaya disukai ramai, hehe. xsabo lak rasanya aku nk pegang baby aku pulok, haha, lmbt lg la. baby aku ni pemalu skit, smpai skang xnampak lagi laki ke pompuan. takpe la, xkesah pon, janji kuar udah la kan, dengan selamat insyaAllah. korang nak tgk baby tu lebih lanjut boleh la g ziarah blog maknya kat sini (kak umi, promote blog ni). 

    kami berbaraan sampai la ke petang, g jalan umah kak imah ngan kak ina. satu kawasan je pon. ilek la, skit2 jalan. MOH tu bawak budak, xlarat sgt nk bjalan. temasok aku skali xlarat...haha. k la, nak beraya lagi arini. sambung lagi k!

    Friday, September 17, 2010

    Pemergianmu


     (Ya Rasulallah...)

    Kau masih tersenyum mengubat lara
    Selindung derita yang kau rasa
    Senyuman yang mententeramkan
    Setiap insan yang kebimbangan

    Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
    Di pangkuan isterimu Humaira
    Menunggu saat ketikanya
    Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

    Tangan dicelup di bejana air
    Kau sapu di muka mengurangkan pedih
    Beralun zikir menutur kasih
    Pada umat dan akhirat

    Dan tibalah waktu ajal bertamu
    Penuh ketenangan jiwamu berlalu
    Linangan air mata syahdu
    Iringi pemergianmu

    Oh sukarnya untuk umat menerima
    Bahkan payah untuk Umar mempercaya
    Tetapi iman merelakan jua
    Bahawa manusia kan mati akhirnya

    Tak terlafaz kata mengungkap hiba
    Gerhanalah seluruh semesta
    Walaupun kau telah tiada
    Bersemarak cintamu selamanya

    Ya Rasulallah
    Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
    Dan bersaksilah sesungguhnya
    Kami merinduimu

    Senilagu : Frizdan Senikata : Frizdan Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
    Penerbit : Fizarahman Zainal Susunan Muzik : Firdaus Mahmud 

    lagu ni sangat menyentuh hati mengisahkan saat pemergian Rasulullah di akhir hayat baginda. in-team bawak lagu ni mmg best, touching dengar tang chorus, dan alhamdulillah dapat memahami lirik2 lagu ini dengan baik. first time dgr da suka lagu ni. boleh dijadikan bahan bantu mengajar buat guru-guru pendidikan islam.

    ketemu jua lelaki idaman

    stelah sekian lama menanti, akhirnya kak ina telah ditemukan dengan jodohnya tanggal 16 september 2010, selamat diakadnikahkan dan sah bergelar isteri kepada abg ji yang tercinta. alhamdulillah, Allah panjangkan umur aku dan berikan aku kekuatan untuk ke paka terengganu, menghadiri walimatul anak kesayangan mama aku ni.hehe.

    malam 15 september aku gerak, lebih kurang jam 11 malam, dan tiba lebih kurang jam 4 pagi, singgah bermalam di rumah pak mentua along di kerteh 6, ketengah jaya, berhampiran dengan umah kak ina. dapat la berehat sblom ke walimah pagi esoknya. 

    upacara wajib akad nikah jam 10 pagi xdapat aku join skali, sbb bangun lmbt pagi tu. agak kecewa jugak la sbb tak dapat menyaksikan sndiri saat-saat mereka berdua selamat diijabkabulkan. aku sampai ke lokasi walimah lebih kurang jam 11 pagi. kak ina baru je sampai dr masjid akad nikah. wah, bukan main cantik lagi akak aku sorang nih. lain benar rupanya, dah la mmg cantik, mekap lg le menyerlahkan keayuannya itu, wah bkn main lg ayat aku ni.
    aku pasti saat ini amat menggembirakan kedua-dua insan yg aku kenal ini, sememangnya la sebab aku pon pernah merasai nya jugak, hehe. aku tumpang gembira atas kebahgiaan kamu berdua yg ku gelar akak dan abang ini. smoga Allah permudahkan laut dan ombak badai yang bakal kamu berdua tempuh di dalam bahtera cinta yang akan dibina seteguh-teguhnya, insyaAllah. aku lampirkan sedikit gambar sekitar majlis tersebut untuk tatapan kamu semua. klik gambar utk size yg lebih besar k.


    terima kasih mama abah dan MOH yang merealisasikan hasrat aku ke paka semalam! alhamdulillah!

    Tuesday, September 14, 2010

    pembunuhan tragis!

    di sebalik kegembiraan majoriti umat islam manyambut syawal, kita semua digemparkan dengan berita pembunuhan kejam sosilawati dan 3 orang lagi umat Islam berada bersamanya. semua dok sibuk menanti berita terkini untuk mengikuti perkembangan terbaru mereka berempat. tak sangka kesudahan berita kehilangan mereka berakhir dengan tragis ini. memang sukar untuk percaya masih ada insan yang berlaku kejam sebegini rupa, ingat dalam citer hollywood je ade. dipukul-ditikam-dibakar-dibuang abu, can you imagine that!

    semuanya sebab duit kan. bukan tak ada duit langsung, aset da belambak2, tapi sifat tamak tu menebal dalam diri. tapi, walau apap pon, kes ini sudah hampir selesai dengan penemuan suspek-suspek dan bhn bukti yang lain. insyaAllah, marilah kita berdoa agar dipertemukan dengan keadilan dan kebenaran, serta pembunuh tersebut menerima azab yang setimpal dengan apa yang dilakukan.

    takziah buat keluarga empat saudara seIslam kita ini, sekiranya benar ajal mereka telah sampai. Al-Fatihah buat mereka berempat. Allah telah menulis segala ketetapan kita sejak azali lagi, maka sebagai insan dan hamba yang lemah, kita wajib redha atas ketentuanNya. aku tumpang sedih buat keluarga mereka, bayangkan kita di tempat mereka. syahdu mendengar rintihan seorang isteri kepada salah seorang mangsa...."Saya boleh terima kalau mereka setakat bunuh suami saya, jika ada mayatnya saya masih boleh lihat saya terima, tetapi cara pembunuhan ini menyebabkan mayatnya tidak sempurna, dan tidak ada kubur untuk saya ziarah."
     
    Al-Fatihah!

    Thursday, September 9, 2010

    Lagenda Budak Setan DVDrip mediafire links

    ok,  da lama xmnulis sbb bz nak raya ni. smalam da umum jumaat raya, so xtmbul la lg isu raya ari khamis dan sbagainya. pada 6 hb september, rabu yg lepas, masa aku jenjalan dekat Plaza Alam Sentral, aku tgk DVD Lagenda Budak Setan da kuar, stelah skian lama peminat filem ini menunggu utk di-DVD-kan. so, strategy marketing produksi filem ini sgt best, sbb diorg trget DVD ini akan dtonton oleh sesisi keluarga masa hari raya nanti.


    citer ni aku da tertengok dua kali kat wayang. once aku da baca novel milik Ahadiat Akasyah ni masa kecik2 dolu, so aku pon nk tau gak perkembangan citer ni, dari filem seterusnya disiarkan dalam drama di Astro Prima stp Selasa. so AA xperlu risau lg la sbb dia da ade ramai followers dan readers tersendiri. komfem diorang ni kalau ade pape pasal LBS ni, sure akan tgk dan berminat. tak bagus sangat nak menilai filem ke, drama ni ke. aku maen tgk je. not so good in this.so skang nak ni aku cuma nak share mediafire download link LBS DVDrip ni untuk korang semua!


    selamat menonton di bulan syawal ini k!

    Friday, September 3, 2010

    sakit hati!

    mgg ni aku rasa mncabar sangat! dtmpa mcm2 ujian nak raya ni. namun aku redha di sebaliknya. aku harap ade hikmah besar disbalik kjadian ni. tak pun menghapuskan dosa-dosa kecil aku sblom ini. mgkin bulan ramdhan secara automatiknya mmbuat aku sangat bersabar dgn karenah2 org yang aku sedang berurusan tersebut. kalo nak ikot sakit hati ni, mau nya terbakar kdai2 mereka aku buat.

    bangsa 1malaysia ni mmg xmahu mngalah dlm bisnes mereka. suka mengenakan dan menipu org, klien2 yang xreti mcm aku ni. aku xckp semua la, tp segelintir je pon. kdg 2 bangsa aku sndiri pon aku marah jugak kalo bt mcm ni. nak berniaga biar la ikhlas, jgn nak amek duet klien scara haram. dah la xnak admit salah worker sndiri, pastu xnak responsible duet aku yg hilang ni. kedai tuduh bank, bank tuduh kdai, so sape nak responsible duet aku tu. aku ke yg salah kalo dua2 pihak xadmit salah mereka. hrm penin.

    kek lapes yg aku order nak buat tmpahan kawan2 pon da ttp without any information. camne diorg ni bt kerje, patutny kalo da ttp tmpahan bitau je la da xamik tmpahan, letak kt website tu. ni aniaya klien jugak namanye. duet da bank in, tp xde barang. tp kes ni dtmbah dgn salah aku jugak sbb aku sndiri pon tak tny dulu kedai tu sblm bank in tu. pengajaran sbenarnye, tp lynn org kdai tu pon sangat xbest. 

    ni cerita pasal kereta aku yg eksiden aritu. orang kedai kate keta da siap dan aku pon pegi la amek. dipendekkan cerita bila aku da bawak keta ni kat atas jalan, rupanya ade lagi part2 yg xboleh pakai lg, maksodnye xcomplete lg la diorg buat ni. mcm mana diorg inspection ni yer. aku pny la bengang da la nak raya ni, amat memerlukan kereta. bertekak jugak dgn org tu, tp bese la bangsa 1malaysia ni, bukan nk dgr sangat pon, mereka ni je la yg betol kononnya. 

    musibah bertimpa, tp akibat magika bulan ramadhan ni agaknya, aku boleh cool lagi smpai hari ni. xde la smpai nak cr gadoh dgn org bermasalah ni. aku muhasabah diri je, mgkn ade jugak aku ni buat tak betol sblm ni. biarlah, aku dah mls nak pikir, lagi pikir lagi xbest la raya ni, hilang mood nak raya. pas raya aku sambung marah balik boleh tak, haha. k la, just share experience je utk 2-3 hari yg xbetol ni. 

    adios!

    Wednesday, September 1, 2010

    panjang umur murah rezki

    hari ini 1 september yang diberkati Allah, hari yang ditunggu-tunggu juga sebab bonus rm500 masuk hari ni, alhamdulillah, rezki Allah.

    sedar tak sedar, rupa-rupanya hari ini adalah besday along aku yang ke 31 la.hepi besday along, semoga panjang umur dan selalu dimurahkan rezki anak-anak tu ye. dari kecik adinda ni xpernah bagi hadiah pape pon, hanya ingatan dan doa je yang ada. kami semua sayang along, dan selalu rindu along sekeluarga bila nak balik shah alam ni. mgg depan agaknye. xsabar nak maen dgn anak buah ni.

    hrm, smoga bulan baru ni Allah bg semangat dan iltizam untuk terus mengerjakan kerja yang tak siap kat opis tu. bulan 8 ni banyak maen la, haha. sori bos, nak buat fail kena ade mood. tapi sebulan takde mood, hahaha. bulan 9 ni jugak nak raya, ade final exam yang postpone tu, dan macam2 lagi.

    o, ye kawan2. aku ade bt blog baru khusus utk analisis sukan. jgn lupa singgah2, tp baru skit je la entry die, hee. ok, ni khas untuk along aku yg tuanya sudah 31 tahun itu. walaupon kami adik bradik jarang ber cit cat, tp dalam hati kami ttp ade taman!