Tuesday, September 21, 2010

putus sudah kasih

pagi tadi aku pegi keje dengan niat yang murni lagi suci. smpat beli nasi lemat kat area umah aku tu buat bekal mkn kat opis nanti. nak cerita bab motor LC kesayangan aku tu. dua tiga hari ni rantai dia xbape nak betol sangat. longgar dan berkarat abes, yela da xguna 2 minggu raya aritu. mmg niat di hati ni nak berubatkan la moto aku tu, tapi tak sempat2 nyinggah ke kedai. 

on the way nak ke opis tu rantai aku stuck dan keluar dari landasannya. nasib bek tak sangkut kat mana2 bhgn, kalo xnaya je tepi jalan tu. aku masukkan la balik rantai tu dgn eloknya ke tempat asalnya. pastu aku pon cool la mmbawak moto itu dengan perlahan gila, bajet tak nak dia buat hal lagi la. agak jauh perjalanan aku rasa mcm ok je, dan mula memecut tahap sederhana la, takut lmbt kan. dalam pala otak aku ni ada dua; pergi kedai dulu-moto elok-tapi punch kad merah ataupun pergi opis dulu-punch kad ok-baru g kedai moto-tapi takut dia bt hal lagi.

setelah mmbuat pertimbangan secara melulu, aku pon memilih option yang kedua, iaitu pegi opis dulu, sbb nak keja punch kad. sbb bulan ni aku da ade dua merah, so xnak la ade merah ketiga, hihi. disimpulkan cerita, da nak dekat sampai, lebih kurang 2 km dari opis tu berlakulah satu bunyi yang menggerunkan diri aku, haha. semestinya aku sudah mengagak bunyi tersebut iaitu bunyi rantai putus, hahahaha. 

comel tak rantai ni
naseb bek la opis da dekat. aku parking jap kat bangunan ktm sebelah opis aku tu, maka aku berlari-lari anak mengejar waktu punch kad. tiba saje di mesin punch kad itu, luluh hati aku bila meilhat jam di mesin itu menunjukkan 8.31am!! apalah nasib badan, lewat seminit.

akhirnya, pepatah melayu "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran" kena tepat kat muka aku. biarla masuk lmbt pon yang penting keselamatan aku dan motor terjaga, kan2. nyesal tak guna, da jadi da pon, hehe. putus juga rantai dengan motor kesayangan aku itu, terlerai sudah kasih yang mereka jalinkan selama lebih kurang 2 bulan itu. rantai yang aku tukar dulu mmg xtahan pon. pengajaran dari kisah ini buat diri aku adalah....
  1. jangan bersifat tamak
  2. pentingkan mana yang lebih penting dulu
  3. bawak motor pelan2, agak2 20-50...(boleh ke?)
  4. kalo nak tukar spare part motor beli yang tahan lama tros
  5. jangan kuar lambat dr umah nk ke opis!

No comments:

Post a Comment