Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

Bonus Kakitangan Awam 2013

Alhamdulillah, di kala aku sedang menulis blog ini, dah tentu ramai di kalangan sahabat2 sekalian sudah maklum akan hal ini. Bonus sebulan setengah gaji bagi penjawat awam mcm aku ni mmg ditunggu2. Syukur pada Allah yang Maha Besar kerana telah memberi rezqi ini kepada kami yang memerlukan. Tidak kira apa jua sentimen di kalangan kita, ia haruslah diambil positif supaya tidak timbul permusuhan dan persengketaan yang berpanjangan. Banyak manfaat yang boleh di ambil daripada Bajet 2013 yang baru dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri kita.

Ah, rindu pada blog. Lama sudah aku tinggalkan, hampir 9 bulan. Tempoh seorang isteri yang membawa kandungan zuriatnya.Namun, aku bukan lah, nak cerita yg aku mengandung pada tempoh itu (MUSTAHIL), hehe. Kecintaan pada dunia blog ini masih segar dan jelas. Malas, keletihan, tidak ada kesedaran, dan banyak lagi faktor yang memainkan peranan ketika aku melalaikan dunia blog ini.

Dunia aku tetap sama, kebahgiaan di samping keluarga, sahabat baik, rakan sekerja, dan orang yang berada di sekeliling aku jua. Apabila sudah lama tidak update blog, persisnya sudah lama jua aku tidak mengajak para pembaca semua untuk kembali kepada Allah Tuhan yang Maha Esa. Inilah tanggungjawab yang sememangnya mnjadi fitrah untuk kita semua. Di mana kita jejak diri kita pada tika ini semuanya adalah datang daripada keizinan Allah. Marilah kita semua berdoa agar terus dilimpahkan nikmat Iman dan Islam serta kehidupan yang lebih diberkati olehNya Tuhan sekalian alam.

Monday, September 26, 2011

Kakitangan Awam Naik Gaji Lagi?

Dah lama x main blog ni,hehe. ada kesempatan akan aktif smula, hampir 10 bulan tidak memblogkan diri ini. mula2 nak update blog ni mestilah dgn berita gembira...semoga berita ini menjadi kegembiraan buat semua penjawat awam...ameen.

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.


Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.
Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.
Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.


Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.


Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.


Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.


Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.


Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.


Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.


Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.


Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya

sumber: Berita Harian