Showing posts with label Kesusasteraan KOMSAS. Show all posts
Showing posts with label Kesusasteraan KOMSAS. Show all posts
Sunday, December 18, 2011
Belajar Hormat Orang
siapalah aku untuk menilai insan lain atas muka bumi ini. tapi ada satu nasihat yang hanya mampu aku tulis untuk insan ini.belajarlah menghormati org lain sekiranya kamu mahu dihormati dan disenangi kemudian hari. jangan rasa terlalu merasa diri ini bagus sangat kerana ini hanya membinasakan diri kita yang serba kekurangan ini. walau di mana usia itu terletak, janganlah menganggap pangkat atau kemuliaan seseorang itu hanya pada nama dan pangkat namun perilaku kamu sungguh biadap dan amat menyakitkan. satu hari nanti, kalau kamu terus melakukan ini, aku yakin atas muka bumi ini juga kamu akan merasa sakit atas perbuatan kamu itu sendiri. sekian. semoga dapat manfaat atas penulisan ini..amin
Tuesday, December 21, 2010
menghitung hari
entah kenapa gusar dalam hati nak menyambut kelahiran cahaya hati dalam hidupku. walaupun bukan aku yang merasa pedih dan perit itu, tapi aku turut merasa apa yang terkandung dalam perut zaujahku. hanya tinggal beberapa minggu atau hari sahaja yang boleh dibilang, atau pun mungkin sebulan dari tarikh aku menulis ini, ciptaan Allah untukku akan dizahirkan di hadapan mata yang ku pinjam dariNya ini.
cukupkah persediaan aku sebagai seorang bapa untuk berbakti kepada anaknya? dari sudut rohani dan emosi. aku perlu menyiapkan diri aku akan pelbagai halangan dalam membesarkan ummat Muhammad ini. jika benar telahan sang bijaksana doktor yang memerihalkan akan sifatmu dalam perut umi mu itu, insyaAllah akan ku hargaimu wahai puteriku. Tuhan Yang Maha Mendengar telah memperkenankan impianku dari kecil untuk menciptakan seorang perempuan yang akan kucintai dan kuletakkan dirinya di bawah level umi nya yang cumel itu.
saban hari terpampang di dada akhbar akan kisah yang mengerikan mengenai kelahiran. kecuaian doktor, kematian, cacat seumur hidup, dan macam-macam lagi membuatkan aku semakin risau sekiranya si umi ni ada terbaca kisah-kisah tersebut. ironinya, psikologi dan emosinya akan sedikit terjejas menunggu saat kelahiran itu nanti. namun, di sebalik kegusaran itu, aku yakin dia sudah cukup kuat dan bersedia untuk hadapi semua ini demi pengikat kasih kami yang disayangi itu. InsyaAllah.
adinda-adindaku yang dikasihi di kampung pula sudah sibok memerihalkan nama untuk cucu sulong Hj Mahyudin ni. hanani, zulaikha, fida, hani dan macam-macam lagi nama yang mereka cuba ketengahkan. tapi biarlah si pemilik nama tersebut melihat dulu dunia yang fana ini. mereka sudah tidak cukup sabar untuk menyayangi anak buah mereka yang pertama ini,.dari pak ngahnya sampai la ke cik amat,(eh, boleh la dik ye). sungguh bertuah zuriat aku ini kerana akan dibelai dan dikasihi sepuas-puasnya oleh makcik-pakcik yang kusayangi itu.
mata sudah terpanggil2 untuk menghadap dunia yg lain. insyaAllah panjang umur dan lapang masa, blog akan di update dari masa ke masa...
saban hari terpampang di dada akhbar akan kisah yang mengerikan mengenai kelahiran. kecuaian doktor, kematian, cacat seumur hidup, dan macam-macam lagi membuatkan aku semakin risau sekiranya si umi ni ada terbaca kisah-kisah tersebut. ironinya, psikologi dan emosinya akan sedikit terjejas menunggu saat kelahiran itu nanti. namun, di sebalik kegusaran itu, aku yakin dia sudah cukup kuat dan bersedia untuk hadapi semua ini demi pengikat kasih kami yang disayangi itu. InsyaAllah.
adinda-adindaku yang dikasihi di kampung pula sudah sibok memerihalkan nama untuk cucu sulong Hj Mahyudin ni. hanani, zulaikha, fida, hani dan macam-macam lagi nama yang mereka cuba ketengahkan. tapi biarlah si pemilik nama tersebut melihat dulu dunia yang fana ini. mereka sudah tidak cukup sabar untuk menyayangi anak buah mereka yang pertama ini,.dari pak ngahnya sampai la ke cik amat,(eh, boleh la dik ye). sungguh bertuah zuriat aku ini kerana akan dibelai dan dikasihi sepuas-puasnya oleh makcik-pakcik yang kusayangi itu.
mata sudah terpanggil2 untuk menghadap dunia yg lain. insyaAllah panjang umur dan lapang masa, blog akan di update dari masa ke masa...
Wednesday, November 10, 2010
warkah buat sahabat
sahabat...andai benar kau yang menghantar sms memohon nasihat dan pandangan tentang masalahmu, terus terang aku katakan bahawa aku bukanlah penasihat dan pemikir yang baik buat dirimu. namun sebagai seorang muslim dan sahabat baikmu yang dicari di dunia dan menantimu di surga nanti, insyaAllah, aku kerah juga pengalamanku dan pengamatanku yang sedikit ini agar boleh dijadikan panduan hidupmu wahai sahabat...
sahabat yang diredai Allah, janganlah kau segan dengan dan malu atas apa yang telah aku miliki skrg. semuanya telah Allah takdirkan, perjalanan hidup kita telah ditentukan Yang Maha Esa, sesungguhnya setiap kehidupan kita adalah berbeza liku-liku dan suka dukanya. Allah itu Maha Adil, percayalah bahawa suatu hari nanti kebahgiaan dan kegembiraan akan berpihak buat diri kau.
aku juga pernah mengalami kemurungan yang berpanjangan satu ketika dahulu. ingatkah kau pada sejarah hitam dalam hidup aku satu tempoh masa dahulu? dan aku amat bersyukur pada Allah kerana menyedarkan aku lebih awal sebelum bnda tu trus mnghantui aku lebih parah. carilah penyelesaian dan mengadulah dengan Allah secara terus. banyakkan menyebut namanya, insyaAllah tiada penolong dan pendengar masalah yang paling baik melainkan Allah Taala. percayalah!
ibubapa merupakan jambatan kita dengan keberkatan dan kerahmatan. janganlah kita menganggap yang bukan2 mengenai ibu dan bapa kita. yakinlah bahawa secara fitrahnya, semua parents inginkan yang terbaik dan paling baik buat semua anak2 mereka. dan kau akan merasainya satu hari nnt apabila bergelar ayah kelak. tak ada istilah menyusahkan mak ayah sekiranya kita belum bekerja, tak abes belajar lagi, masih ditanggung dan sebagainya keran itu adalah tanggungjawab mereka membesarkan kita hatta kita sudah kahwin sekalipun, kita wajib menghormati, memelihara serta mendoakan kesejahteraan ibubapa kita hingga akhir hayat kita. adik beradik juga tidak harus dijadikan pembuka kelemahan buat diri kita sendiri. ada antara mereka yang lebih advance daripada kita tidak bermakna kita ini lembap dan tidak disayangi keluarga. sebenarnya blum tba masa lagi, untuk kau mengecapinya, kerana kau adalah insan yang telah dipilih oleh Allah untuk lalui jallan yang sebegini.
sahabat, ingatlah, tak semua rakan-rakan kita ada yang berjaya. ada yang lebih teruk lagi, tak dapat belajar, menganggur sahaja dan sebagainya. be positif dalam hal ini, bila kita set minda bahawa kita ini adalah org yang lemah dan ketinggalan, maka kita akan menjadi seperti itu. berfikirlah, bahawa ada orang yang lebih susah, dan lebih teruk lagi daripada kita, justeru itu kita akan mengucapkan syukur dan kasih kita kepada Allah Taala. maka ucapkanlah Alhamdulillah tanda kesyukuran terhadap nikmat yang diberikan kepada kita.
sahabat yang dirindui, datanglah bertemu denganku. sudah lama kita tidak berjumpa. walaupun aku sudah berkahwin, tapi itu bukan alasan untuk tali ukhwah yang kita bina atas nama Allah ini terputus begitu sahaja. aku juga pernah melalui kedukaan yang agak lama seperti ini. tapi alhamdulillah, aku berjaya harunginya. kawan2 dan famili banyak membantu. sewaktu susah, aku cari kawan2 untuk share masalah dengan mereka. percaya dan hargailah persahabatan ini. ingat, Allah memilih kita untuk hadapi masalah dan ujian ini kerana tiada sangsi bagiNya bahawa kita mampu dan boleh melepasinya. sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Adil.
akhir kalam, aku sentiasa doakan kesejahteraan dan kesenangan yang berpanjangan buat dirimu yang sedang menghadapi ujian Allah ini. aku juga sedang merinduimu dan menyayangimu, kerana lama sudah terputus komunikasi akibat kesibukan masing-masing. ingat, jangan lupa cari aku, sebab dulu, aku ada masalah aku cari kau wahai sahabat. aku ikhlas menulis warkah ini, aku redha atas apa yang telah aku kongsikan ini, semoga Allah merahmati dan terus memberi keberkatan atas ukhwah kita ini. janganlah berduka, aku rindukan saat kita bersama dahulu, susah dan senang didampingi....
Tuesday, October 12, 2010
PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
hari ni, aku berkesempatan untuk share something, lebih khusus buat kaum adam, dan kalau boleh marilah kita sama-sama amalkan. semoga Allah memberi ganjaran pada yang menyebarkan dan juga pada Dr Fadzilah Kamsah kerana memberi tips2 untuk pasangan suami dan isteri dalam membina kebahgiaan. tak kira buat pasangan pengantin baru atau lama, boleh diamalkan. benda yang baik dengan niat kerna Allah Taala, insyaAllah dapat ganjaran, bismillahirrahmanirrahim...
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
![]() |
| kasih suami dan isteri hingga ke surga |
Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
"sebarkan ilmu, walau satu ayat"
Wednesday, September 22, 2010
sayang ke?
harini aku nak share sikit pasal mende ni. kita perlu tahu, bahawa ada orang yang mungkin menyayangi kita namun tak kita sedari dan tak melayannya. INGAT, semua kajian ini hanyalah kebetulan semata-mata, amat karut untuk dipercayai 100%. perkara ini amat subjektif, kerna hati kita berlainan. sifat ini Allah datangkan pada hambaNya berbeda-beda jalan dan caranya. hanya sebagai panduan untuk kita semua. satu lagi, cinta dan sayang bukan hanya bagi PEREMPUAN-LELAKI, barangkali hubungan sesama kita manusia, sahabat baik, kita dan keluarga kita sendiri.
"Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu."
- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
- Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
- Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
- Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
- Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
- Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
- Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
- Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
- Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
- Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
- Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
- Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
- Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
- Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
- Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
- Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
- Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
- Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
- Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta."
maka, dengan ini, jika ada, keluarga kita, sahabat handai, sanak saudara yang ada ciri-ciri seperti ini, perlulah kita hargai dan respon dengan baik. jangan menyesal andai mereka yang menyayangi kamu ini sudah pergi menghadap Illahi buat selama-lamanya, barulah kita terhegeh2 mencari dan mengenang segala kebaikannya, walhal masa hayatnya nama dia pun tak pernah ada dalam contact list kita........
"sebarkan ilmu, walau satu ayat"
Saturday, August 28, 2010
wanita, ku turutkan...
hari wanita malaysia 2010 telah berlalu 3 hari yang lepas, iaitu pada hari rabu 25 ogos. baru hari ni aku ade masa nk share pasal wanita ni. hari wanita tidak spesifik pada sesuatu tarikh, bergantung pada pertubuhan2 ataupun pemimpin sesebuah negara untuk menyambunya.hari wanita sedunia disambut setiap tahun pada 8 mac bertujuan untuk untuk memberi pengiktirafan kepada wanita yang jumlahnya lebih 50% daripada penduduk dunia fana ini.
wanita pertama yang duduk dalam hati aku ni sudah tentu ibu tersayang yg aku panggil mama saban hari. membesarkan kami tiga beradik kesemuanya lelaki dengan penuh sabar. paham2 je la anak laki2 ni. begadoh xkira masa, memekak xtentu pasal. mama inilah personaliti wanita yg aku kenal dr kecil hingga lah meningkat usia dewasa. aku xpernah mengenali wanita lain. tiada rezki aku dan abg2 aku nak adik atau akak perempuan. aku teringin nak akak atau adik perempuan, seronok tgk kawan bila kakak2 mereka ni memanjakan diorang masa skolah2 dulu. abang2? hampeh, bila masa pulak diorg nak manjakan aku...haha. so, mama la sbg ibu, akak, dan adik perempuan itu, yg memanjakan aku tp xbrape nk manja sgt la, hehe. "Ya Allah, panjangkanlah umur mama ku ini, dan berikanlah kesihatan yang berpanjangan padanya untuk aku terus berkhidmat dan menabur bakti semula padanya sehingga akhir hayatku". setiap anak pasti impikan 'mati dulu sebelum orang tua', namun takdir Tuhan lebih berkuasa menentukan segala-galanya. tak lupa juga ahli keluarga yg baru, kak long dan kak piza (ngah), menambah lagi kegembiraan dan keriangan rumah kami!
| masa raya babak ni wajib |
tanggal 7 mac 2010, seorang wanita telah aku coretkan dalam bingkisan hati ni, yang mana aku telah nekad untuk 'mati dan hidup' bersamanya hingga ke surga. nurulhuda mahyudin, wanita yang telah membuatkan aku menyempurnakan salah satu daripada sunnah Rasulullah, seterusnya menjadi ibadah wajib untuk aku menanggungya dan memberikan 'surga' dunia padanya untuk menjadi bekalan ke akhirat kelak. riak riangnya, keletah lucu menggamit hati, tegas dalam berlembut, sifat sayang yg menebal, manja tidak terbilang, itulah sebahagian warna yang menerangi kain putih dalam diriku ini..aku xmampu beri kemewahan pada dirinya, tapi atas sifat sabar dan redha itulah, wanita yang aku cintai ini sanggup bersederhana, selagi misi ke surga tidak tergugat.bukan kemewahan yg dicari, tapi bersama mengharungi susah dan senang hingga akhir hayat. kadang2 sifat kami yg berlawanan menambah lagi rencah kehidupan rumah tangga, membuatkan kami lebih menyayangi antara satu sama lain. dan secara otomatiknya, aku turut mndapat mak baru juga, mak mertua la. sekarang tgh on the way untuk mengenali lebih dalam dan menyayangi seperti mak aku sendiri, insyaAllah.
| smoga berkekalan hingga akhir hayat |
wanita yang bergelar 'kakak' pula pernah singgah di hati aku, dulu sekarang dan insyaAllah hingga akhir hayat. kakak inilah yang banyak mengajar aku arti kehidupan, pengalaman mereka, memberikan sedikit kebahgiaan mereka utk aku, dan yg plg penting aku dapat men'curi' secebis kasih sayang mereka dalam mengisi kekosongan yg pernah membendung diri aku satu ketika dahulu. aku pon nak jugak rasa ade akak, mcm org laen. bukan utk dmanjakan, tp dpt brkongsi sdikit kbhagiaan mereka utk aku...R, I, S, F, N..akak2 ku skalian, aku sygkan mereka semua dan sentiasa doakan kebahgiaan kamu semua. dan yang terbaru kak I akan melangsungkan perkahwinannya selepas raya. aku sangat gmbira, stelah sekian lama aku doakan kbahgiaan utknya. kini, stelah brgelar suami,aku tak boleh nak take care sgt utk mereka, aku hnya mampu berdoa dr jauh shj..insyaAllah, Allah Maha Adil, kalian semua akan diberikan kehidupan yg dijanjikanNya sekiranya kalian terus bersabar dan menjalankan segala suruhanNya. Amin.
khususnya, wanita-wanita yang pernah aku kenali, cikgu-cikgu, rakan2 SRK/SRAI/SAMTTAJ,/UIAM/KUIS/JAWI. selamat menyambut hari wanita, kerana dirimu begitu berharga! zaman skarang bukan mcm zaman jahilliyah dulu, dipandang rendah. skarang wanita juga boleh buat kerja lelaki. betapa pengiktirafan seperti ini mengangkat martabat kaum hawa ini bertepatan dengan syariat Islam. ikutlah garis panduan yg telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah, insyaAllah kita semua peroleh barakah.
![]() |
| doa suami untuk isterinya |
"sebarkan ilmu, walau satu ayat"
Subscribe to:
Posts (Atom)


