Wednesday, November 10, 2010

warkah buat sahabat

sahabat...andai benar kau yang menghantar sms memohon nasihat dan pandangan tentang masalahmu, terus terang aku katakan bahawa aku bukanlah penasihat dan pemikir yang baik buat dirimu. namun sebagai seorang muslim dan sahabat baikmu yang dicari di dunia dan menantimu di surga nanti, insyaAllah, aku kerah juga pengalamanku dan pengamatanku yang sedikit ini agar boleh dijadikan panduan hidupmu wahai sahabat...

sahabat yang diredai Allah, janganlah kau segan dengan dan malu atas apa yang telah aku miliki skrg. semuanya telah Allah takdirkan, perjalanan hidup kita telah ditentukan Yang Maha Esa, sesungguhnya setiap kehidupan kita adalah berbeza liku-liku dan suka dukanya. Allah itu Maha Adil, percayalah bahawa suatu hari nanti kebahgiaan dan kegembiraan akan berpihak buat diri kau.

aku juga pernah mengalami kemurungan yang berpanjangan satu ketika dahulu. ingatkah kau pada sejarah hitam dalam hidup aku satu tempoh masa dahulu? dan aku amat bersyukur pada Allah kerana menyedarkan aku lebih awal sebelum bnda tu trus mnghantui aku lebih parah. carilah penyelesaian dan mengadulah dengan Allah secara terus. banyakkan menyebut namanya, insyaAllah tiada penolong dan pendengar masalah yang paling baik melainkan Allah Taala. percayalah!

ibubapa merupakan jambatan kita dengan keberkatan dan kerahmatan. janganlah kita menganggap yang bukan2 mengenai ibu dan bapa kita. yakinlah bahawa secara fitrahnya, semua parents inginkan yang terbaik dan paling baik buat semua anak2 mereka. dan kau akan merasainya satu hari nnt apabila bergelar ayah kelak. tak ada istilah menyusahkan mak ayah sekiranya kita belum bekerja, tak abes belajar lagi, masih ditanggung dan sebagainya keran itu adalah tanggungjawab mereka membesarkan kita hatta kita sudah kahwin sekalipun, kita wajib menghormati, memelihara serta mendoakan kesejahteraan ibubapa kita hingga akhir hayat kita. adik beradik juga tidak harus dijadikan pembuka kelemahan buat diri kita sendiri. ada antara mereka yang lebih advance daripada kita tidak bermakna kita ini lembap dan tidak disayangi keluarga. sebenarnya blum tba masa lagi, untuk kau mengecapinya, kerana kau adalah insan yang telah dipilih oleh Allah untuk lalui jallan  yang sebegini.

sahabat, ingatlah, tak semua rakan-rakan kita ada yang berjaya. ada yang lebih teruk lagi, tak dapat belajar, menganggur sahaja dan sebagainya. be positif dalam hal ini, bila kita set minda bahawa kita ini adalah org yang lemah dan ketinggalan, maka kita akan menjadi seperti itu. berfikirlah, bahawa ada orang yang lebih susah, dan lebih teruk lagi daripada kita, justeru itu kita akan mengucapkan syukur dan kasih kita kepada Allah Taala. maka ucapkanlah Alhamdulillah tanda kesyukuran terhadap nikmat yang diberikan kepada kita.

sahabat yang dirindui, datanglah bertemu denganku. sudah lama kita tidak berjumpa. walaupun aku sudah berkahwin, tapi itu bukan alasan untuk tali ukhwah yang kita bina atas nama Allah ini terputus begitu sahaja. aku juga pernah melalui kedukaan yang agak lama seperti ini. tapi alhamdulillah, aku berjaya harunginya. kawan2 dan famili banyak membantu. sewaktu susah, aku cari kawan2 untuk share masalah dengan mereka. percaya dan hargailah persahabatan ini. ingat, Allah memilih kita untuk hadapi masalah dan ujian ini kerana tiada sangsi bagiNya bahawa kita mampu dan boleh melepasinya. sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Adil. 

akhir kalam, aku sentiasa doakan kesejahteraan dan kesenangan yang berpanjangan buat dirimu yang sedang menghadapi ujian Allah ini. aku juga sedang merinduimu dan menyayangimu, kerana lama sudah terputus komunikasi akibat kesibukan masing-masing. ingat, jangan lupa cari aku, sebab dulu, aku ada masalah aku cari kau wahai sahabat. aku ikhlas menulis warkah ini, aku redha atas apa yang telah aku kongsikan ini, semoga Allah merahmati dan terus memberi keberkatan atas ukhwah kita ini. janganlah berduka, aku rindukan saat kita bersama dahulu, susah dan senang didampingi....

No comments:

Post a Comment