Tuesday, December 21, 2010

menghitung hari

entah kenapa gusar dalam hati nak menyambut kelahiran cahaya hati dalam hidupku. walaupun bukan aku yang merasa pedih dan perit itu, tapi aku turut merasa apa yang terkandung dalam perut zaujahku. hanya tinggal beberapa minggu atau hari sahaja yang boleh dibilang, atau pun mungkin sebulan dari tarikh aku menulis ini, ciptaan Allah untukku akan dizahirkan di hadapan mata yang ku pinjam dariNya ini.

cukupkah persediaan aku sebagai seorang bapa untuk berbakti kepada anaknya? dari sudut rohani dan emosi. aku perlu menyiapkan diri aku akan pelbagai halangan dalam membesarkan ummat Muhammad ini. jika benar telahan sang bijaksana doktor yang memerihalkan akan sifatmu dalam perut umi mu itu, insyaAllah akan ku hargaimu wahai puteriku. Tuhan Yang Maha Mendengar telah memperkenankan impianku dari kecil untuk menciptakan seorang perempuan yang akan kucintai dan kuletakkan dirinya di bawah level umi nya yang cumel itu.

saban hari terpampang di dada akhbar akan kisah yang mengerikan mengenai kelahiran. kecuaian doktor, kematian, cacat seumur hidup, dan macam-macam lagi membuatkan aku semakin risau sekiranya si umi ni ada terbaca kisah-kisah tersebut. ironinya, psikologi dan emosinya akan sedikit terjejas menunggu saat kelahiran itu nanti. namun, di sebalik kegusaran itu, aku yakin dia sudah cukup kuat dan bersedia untuk hadapi semua ini demi pengikat kasih kami yang disayangi itu. InsyaAllah.

adinda-adindaku yang dikasihi di kampung pula sudah sibok memerihalkan nama untuk cucu sulong Hj Mahyudin ni. hanani, zulaikha, fida, hani dan macam-macam lagi nama yang mereka cuba ketengahkan. tapi biarlah si pemilik nama tersebut melihat dulu dunia yang fana ini. mereka sudah tidak cukup sabar untuk menyayangi anak buah mereka yang pertama ini,.dari pak ngahnya sampai la ke cik amat,(eh, boleh la dik ye). sungguh bertuah zuriat aku ini kerana akan dibelai dan dikasihi sepuas-puasnya oleh makcik-pakcik yang kusayangi itu.

mata sudah terpanggil2 untuk menghadap dunia yg lain. insyaAllah panjang umur dan lapang masa, blog akan di update dari masa ke masa...

Tuesday, December 7, 2010

salam tahun baru

maafkan aku wahai dunia blogging kerana sudah terlalu lama aku meninggalkanmu. maklumlah, sang isteri yang amat memerlukan perhatian yang lebih sejak akhir2 ni membataskan sikit usaha murni ku ini, hehe.

pagi ni dah masuk 1 muharam, tahun baru buat ummat Muhammad. apa yang penting dalam tahun baru 1432h ni adalah saat menanti kelahiran baru zuriat ku yang pertama. berdebar rasanya hati ini mendukung anak sendiri. keterujaan ini telah diciptakan oleh Allah agar aku lebih mensyukuri nikmatNya Yang Maha Esa.

tahun baru ini juga bakal menjadi saksi usaha 3 tahun setengah aku yaang lalu bakal berhasil dengan penamatan aku sebagai pelajar diploma pendidikan di KUIS. tapi kalau nak kira daripada sekarang, lambat lagi, mungkin 7-8 bulan lagi. 

so, semoga dengan kehadiran tahun baru hijrah ni dapatlah menguatkan lagi amal ibadat kita dengan sang Pencipta. sudah tentu setiap tahun baru yang diraikan, mestilah terdetik di hati untuk menanam azam baru. semoga apa yang dihajati akan terlaksana jua, insyaAllah...