Tuesday, November 23, 2010

spm menjelang tiba

spm datang lagi menghantui student2 form 5 pada tahun ini. peperiksaan yang menjadi penentu atau titik permulaan karier bagi setiap pelajar ini sememangnya sangat dinanti-nantikan setelah berpeluh-peluh memerah keringat selama 2 tahun bermula dari form 4 dan form 5. aku dulu memang study last minit, sperti kebiasaan la, dan mmg aku target beberapa subject je, nak score. dan hasilnya, yang aku tak bajet dan target tu mmg kantoi sudah la, haha.

ada dedikasi penting untuk student2 spm esok. yang pertama skali adalah jaga hubungan dengan Allah, tu yang paling penting skali. cukupkan solat, banyakkan amalan sunat. mohon dgn Allah banyak2, moga dipermudahkan segala amalan nak menjawab nanti. yang kedua, haruslah kita bermaafan dengan kedua ibubapa skiranya ada perbuatan kita yang menyinggung mereka, kerana takut, perkara itu yang akan menjadi penghalang kita untuk score lebih cemerlang nanti. seterusnya, mintak maaf jugak dengan guru2 kita yang selama ini mengajar kita, minta keberkatan ilmu yang diberi kan serta mohonlah dengan mereka agar disebutkan nama kita dalam doa mereka. insyaAllah ada keberkatannya.

yang selebihnya tu, macam bese la, toksah baca2 da buku tebal2 time skang ni, baca nota2 ringkas je. yang mudah faham. buat ulangkaji dan perbanyakkan latihan. malam2 tidur awal, xyahla nak stayback sampai kol 2 ke 3, haram kejadahnya. kalo nak, bangun awal kol 5 ke 6. solat subuh teros lagi elok dan bermanfaat. makan pon kena jaga, elakkan makan makanan yang tak berkhasiat. kesihatan pon sama jaga. semua ni penting. dua tiga minggu ni je korang kena btol2 buat yang the best utk diri korang. pastu korang nak buat hal masing2 lantakla. spm ni la memudahkan korang semua nnti lepas abes skolah ni. dan sbenarnya, apa yg aku nasihatkan ni, aku tak penah buat, hahahahahaha. tapi pervayalah, bila kita da ada pgalaman yang sebegini, ia lebih berharga dan berguna buat adik-adik kita ni. kita tak buat bnda ni, dan sbenarnya kita rasa menyesal sbb apa tak buat. rasa nak amek lagi je untuk perbaiki kesilapan kita yang lalu.

buat adinda nun jauh di utara sana, kami di sini mendoakan yang terbaik untuk ko. ko lah harapan mak dan ayah buat masa ni. untuk diri kau jugak. kami yakin kau boleh melaksanakan apa jua susah dan senang yang datang melintang kat diri kau nanti. banyakkan bedoa pada Allah, dan yakin pada diri sendiri ok!

sedikit paparan sewaktu menghantar beliau ke skolah nya utk berjuang kali terakhir di musim 2010 ini...







do your best and wish you luck, siti aisyah!

1 comment: