Saturday, August 28, 2010

wanita, ku turutkan...

hari wanita malaysia 2010 telah berlalu 3 hari yang lepas, iaitu pada hari rabu 25 ogos. baru hari ni aku ade masa nk share pasal wanita ni. hari wanita tidak spesifik pada sesuatu tarikh, bergantung pada pertubuhan2 ataupun pemimpin sesebuah negara untuk menyambunya.hari wanita sedunia disambut setiap tahun pada 8 mac bertujuan untuk untuk memberi pengiktirafan kepada wanita yang jumlahnya lebih 50% daripada penduduk dunia fana ini.

wanita pertama yang duduk dalam hati aku ni sudah tentu ibu tersayang yg aku panggil mama saban hari. membesarkan kami tiga beradik kesemuanya lelaki dengan penuh sabar. paham2 je la anak laki2 ni. begadoh xkira masa, memekak xtentu pasal. mama inilah personaliti wanita yg aku kenal dr kecil hingga lah meningkat usia dewasa. aku xpernah mengenali wanita lain. tiada rezki aku dan abg2 aku nak adik atau akak perempuan. aku teringin nak akak atau adik perempuan, seronok tgk kawan  bila kakak2 mereka ni memanjakan diorang masa skolah2 dulu. abang2? hampeh, bila masa pulak diorg nak manjakan aku...haha. so, mama la sbg ibu, akak, dan adik perempuan itu, yg memanjakan aku tp xbrape nk manja sgt la, hehe. "Ya Allah, panjangkanlah umur mama ku ini, dan berikanlah kesihatan yang berpanjangan padanya untuk aku terus berkhidmat dan menabur bakti semula padanya sehingga akhir hayatku". setiap anak pasti impikan 'mati dulu sebelum orang tua', namun takdir Tuhan lebih berkuasa menentukan segala-galanya. tak lupa juga ahli keluarga yg baru, kak long dan kak piza (ngah), menambah lagi kegembiraan dan keriangan rumah kami!

masa raya babak ni wajib
tanggal 7 mac 2010, seorang wanita telah aku coretkan dalam bingkisan hati ni, yang mana aku telah nekad untuk 'mati dan hidup' bersamanya hingga ke surga. nurulhuda mahyudin, wanita yang telah membuatkan aku menyempurnakan salah satu daripada sunnah Rasulullah, seterusnya menjadi ibadah wajib untuk aku menanggungya dan memberikan 'surga' dunia padanya untuk menjadi bekalan ke akhirat kelak. riak riangnya, keletah lucu menggamit hati, tegas dalam berlembut, sifat sayang yg menebal, manja tidak terbilang, itulah sebahagian warna yang menerangi kain putih dalam diriku ini..aku xmampu beri kemewahan pada dirinya, tapi atas sifat sabar dan redha itulah, wanita yang aku cintai ini sanggup bersederhana, selagi misi ke surga tidak tergugat.bukan kemewahan yg dicari, tapi bersama mengharungi susah dan senang hingga akhir hayat. kadang2 sifat kami yg berlawanan menambah lagi rencah kehidupan rumah tangga, membuatkan kami lebih menyayangi antara satu sama lain. dan secara otomatiknya, aku turut mndapat mak baru juga, mak mertua la. sekarang tgh on the way untuk mengenali lebih dalam dan menyayangi seperti mak aku sendiri, insyaAllah.

smoga berkekalan hingga akhir hayat
wanita yang bergelar 'kakak' pula pernah singgah di hati aku, dulu sekarang dan insyaAllah hingga akhir hayat. kakak inilah yang banyak mengajar aku arti kehidupan, pengalaman mereka, memberikan sedikit kebahgiaan mereka utk aku, dan yg plg penting aku dapat men'curi' secebis kasih sayang mereka dalam mengisi kekosongan yg pernah membendung diri aku satu ketika dahulu. aku pon nak jugak rasa ade akak, mcm org laen. bukan utk dmanjakan, tp dpt brkongsi sdikit kbhagiaan mereka utk aku...R, I, S, F, N..akak2 ku skalian, aku sygkan mereka semua dan sentiasa doakan kebahgiaan kamu semua. dan yang terbaru kak I akan melangsungkan perkahwinannya selepas raya. aku sangat gmbira, stelah sekian lama aku doakan kbahgiaan utknya. kini, stelah brgelar suami,aku tak boleh nak take care sgt utk mereka, aku hnya mampu berdoa dr jauh shj..insyaAllah, Allah Maha Adil, kalian semua akan diberikan kehidupan yg dijanjikanNya sekiranya kalian terus bersabar dan menjalankan segala suruhanNya. Amin.

khususnya, wanita-wanita yang pernah aku kenali, cikgu-cikgu, rakan2 SRK/SRAI/SAMTTAJ,/UIAM/KUIS/JAWI. selamat menyambut hari wanita, kerana dirimu begitu berharga! zaman skarang bukan mcm zaman jahilliyah dulu, dipandang rendah. skarang wanita juga boleh buat kerja lelaki. betapa pengiktirafan seperti ini mengangkat martabat kaum hawa ini bertepatan dengan syariat Islam. ikutlah garis panduan yg telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah, insyaAllah kita semua peroleh barakah.

doa suami untuk isterinya
"sebarkan ilmu, walau satu ayat"

No comments:

Post a Comment