Saturday, August 21, 2010

musibah lagi di bulan Ramadhan

Diriwayatkan dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah SAW  bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dgn kesulitan atau musibah....

sangat hebat ujian bulan Ramadhan tahun ni. Setelah seminggu terselamat daripada maut, minggu ni pulak, pada hari dan masa yg hampir sama, aku dan MOH diuji lagi. kali ni kami berdua pergi ke kelas dengan jiwa yg agak gementar untuk menghadapai final exam subjek, sbb kurang persediaan. so mlm td kira kami midnight la study smpai MOH ni ttdo buku atas pala, hehe.

pendekkan cite, da smpai kat kolej pulak, tba2 kat depan dewan da ader bberapa pgawai peperiksaan duk standby nk buat checking. aku monolog, 'bila pulak ade bt mcm ni, da 7 sem kat sini xpenah2 pon'. aku dgn MOH mmg xde exam slip pon. sbb kami pny finance tertunggak so, dkt system xboleh nak print bnd tuh. sblom ni pon aku ade jugak sit exam xde exam slip ni, tp boleh masuk sbb isi borg 'kebenaran menduduki peperiksaan'. pelik aku kan, kalau sblm ni ade borg tu, tp utk sem ni pulak, dia kata xde borg tu. so ramai la td terpinga2 kat luar dewan xboleh masuk, walhal kwn2 yg lain da slamat menjawab da pon. MOH aku terlepas masuk dlm dewan tu, sbb kelemahan pengawasan pegawai peperiksaan tersebut. 

aku ni pulak kena tahan sbb rambut panjang dan kena potong time tu jugak. aku besabar je la, rasa mcm 10 tahun yg lepas je. tp xpe, aku tau ini semua prosedur manusia yg tak menguntungkan sesiapa pon. lepas tu mereka suruh aku pegi unit peperiksaan untuk dapatkan jugak exam slip tu. kawan2 yg dlm dewan telah pon mnjawab exam 15 minit ketika itu. aku pegi unit exam ni, jwpnnya ttp sama, xboleh nk print slip sbb ade masalah finance ni. so bile manusia kene ikut system yg dicipta mereka sndiri, maka manusia yg laen pula mndapat rugi.

maka dgn secara rasminya aku diisytihar sbg student yg tiada exam slip dan tidak dibenarkan masuk. aku diam seribu bahasa, duduk dkt dpn exam. aku muhasabah diri aku balik. naseb baek aku xmudah melenting, sifat sabar mmg terserlah bulan ramadan ni. aku tgg bini aku yg kt dlm tu. peg exam yg maseh dok kt dpn dewan tu sbok tny mcm mana, tp mereka pon xboleh nk bantu ape2 sbb mereka kerja ikut system yg direka sndiri oleh mereka!

aku fed up dan tgg kt library, renung kmbali ape yg belaku. knapa bnd ni boleh terjadi. lebih kurang jam 11, iaitu 2 jam selepas masa mnjawab, MOH tepon aku dan cakap die da siap, amek die tgg kt luar dewan. bile die masok je keter, die tekejot aku xmasok dewan. dan slepas itu die menceritakan kisah die pulak. rupa2rupanya yg die keluar dewan itu adalah DIHALAU KELUAR oleh pegawai peperiksaan kerana xde exam slip. ah, lg sedih situasi MOH aku ni. da masok dewan, da jawab hampir separuh kertas jawapan dan dihalau keluar.

aku percaya ade hikmah dsebalik semua ini. kami dtg dr jauh untuk sit exam dan kmai dihalau secara baik utk tidak duduki exam ini kerana kesalahan kami sndiri. tapi tidak adakah cara lain yg lebih mulia dan tidak mengaibkan seperti ini lagi? terima kasih kolej ku yang dicintai..kerana engkau, aku pelajari satu pengajaran dan pembelajaran yg tidak terkira. muhasabah diri lebih baik daripada mencemuh sesuatu..

3 comments:

  1. abih kalau takleh masuk exam, kena repeat ke paper tu? aduh aduh sabar byk2 ye adik2

    ReplyDelete
  2. kitorang tgh apply utk penangguhan paper la, harp2 xrepeat sem..sedeh org nk blajar byk dugaan

    ReplyDelete
  3. aus...sedihnyer aku bace...sabo byk2 ye...dugaan...

    ReplyDelete