Tuesday, August 24, 2010

ukhwah yang hilang

bukan mudah untuk menyatukan hati-hati manusia yang pelbagai. tak kira tua, muda, berpangkat, dan sebagainya lagi. aku sedar betapa kerdilnya aku dalam misi melaksanakan ukhwah antara mereka. namun sekurang-kurangnya aku mencuba sesuatu untuk agama ku serta saudara seislamku. walau ade yang perlekeh usaha ku ini, namun kerana Allah akan ku terus kan jua. aku bukan milik insan yg perlekeh itu, aku milik Allah abadi selamanya.

lebih besar pengorbanan dan perjuangan junjungan Rasulullah SAW yang mana dalam usaha baginda menyatupadukan dan merencanakan wahyu Jibril AS yang diturunkan Allah kepadanya. cabaran menegakkan Islam sewaktu zaman baginda lebih perit dan amat hebat. apalah sangat dibandingkan dengan sekecil zarah usaha ku untuk menyatukan kalian semua.

alasannya sangat mudah, sifat amarah, dendam berpanjangan, dengki mendengki, fitnah memfitnah dan hasut menghasut mula menular dalam jiwa kita semua. rambut sama hitam, tapi aqal dan hati masing-masing dikawal oleh nafsu yang berlainan. iman turun dan naik bukan kepalang, ada masa kita rasa kita hebat, namun di sisi Allah, sehina-hina manusia ciptaanNya. silaturrahim yang terputus, walau secara tidak sedar boleh mengakibatkan jiwa kita rosak, pemikiran menjadi sempit dan perkara-perkara negatif yan lain.
Saidina Ali A.S pernah menyentuh perihal masalah dalam bersahabat;
“Selemah- lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia- siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya”


marilah kita muhasabah diri, kerna selagi kita bergelar insan, tidak pernah lari dari kesilapan dan kelemahan. janganlah kita mengesan keaiban orang lain, tanpa melihat cermin diri kita sendiri. tanpa saudara kita yang lain, perjuangan membawa Islam di jalan yang sepatutnya akan tempang. aku pernah merasa ukhwah yang hilang, dan aku merasakan ia satu kesilapan paling bodoh pernah aku lakukan. walau siapa pun kita, teman seperjuangan, ahli keluarga dan sebagainya, kita tetap berdiri atas muka bumi Allah yang sama. berdiri sebagai khalifah Allah!

"sebarkan ilmu, walau satu ayat"

No comments:

Post a Comment