Thursday, September 30, 2010

'pantang betul lelaki macam ni!' - wanita

hari ni skali lagi aku nak share yang berkait dengan kehidupan kita. macam biasalah, korang sume jangan percaya 100 percent la, sbb ini hanya kajian manusia semata-mata. cumanya, kalau ada yang terkena, sekadar kebetulan yang telah ditetapkan oleh Allah. dan sbenarnya untuk perbaiki dan betulkan kelemahan yang kita ada., sentiasa perbaiki kelemahan yg kita ada, dan berusaha mnjadi yg lebih baik setiap hari, insyaAllah.

mengikut kajian/pendapat ini, ada 13 jenis2 atau sifat lelaki yang wanita sangat pantangkan, atau kalimah yang lebih sesuai tidak gemar dan tidak selesa dengannya. moh kita baca sikit:
  1. suka menyampuk alasan lelaki selalunya bosan dengan sikap wanita yang berlama-lama membincangkan sesuatu topik. cara terbaik menamatkannya ialah dengan cara menyampuk. tetapi lelaki silap, wanita akan menjadi marah pabila perbualannya tidak didengar dengan tekun
  2. memerintah apabila memerlukan sesuatu, lelaki seperi memberi perintahdan bukan permintaan. misalnya, 'buka pintu', 'buatkan kopi', 'angkat kasut' tetapi tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti 'boleh tolong buatkan kopi?' atau 'tolong buka pintu itu'
  3. bergurau kasar gurauan kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita, apatah lagi jika menggunakan jenaka yag berbaur 'sexiest'. apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata, 'gurau pun tak boleh?'
  4. cepat naik berang sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. sebab itu wanita lebih suka berkongsi pendapat dengan teman wanita yang lain.
  5. cakap besar sikap lelaki yang suka 'syok sendiri' membosankan. bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling sempurna!
  6. suka mengawal jika wanita menghampiri lelaki dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan mereka tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. memberi huraian yang tidak dipinta.
  7. ego sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. tidak mahu merendahkan diri. aduh lelaki, hebat sangtkah anda?
  8. tidak suka meluah emosi walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing serta terabai
  9. buat wanita rasa bersalah jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang kurang menyenagkan, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan kepada perkara yang disebutkan
  10. lokek beri pujian lelaki suka dipuji, tetapi berat memberi pujian, sama ada masakan sedap atau pakaian isteri cantik. mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya. tetapi b ula nampak sahaja perempuan cantik lain. cepat saja mulutnya terlopong kagum!
  11. pengotor tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atauyang suka mengotorkan persekitarannya sendiri
  12. alpa hari istimewa wanita bersifat nostalgik dan romantis, memang menyenagi pemberian hadiah bermakna terutama sekali diraikan pada hari-hari istimewa. tetapi lelaki selalu mengabaikan keinginan wanita sebegini.
  13. tidak tunjuk rasa kasih wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.
sumber: majalah Eh! edisi Oktober 2010. teks oleh mohd faizal harun. (selebihnya sila beli edisi terbaru ini ok!)


kadangkala perkara ini ada benarnya. baik hubungan sesama keluarga, suami dan isteri dan sahabat handai. perlulah kita baiki sesama kita untuk memperelokkan hubungan. aku baca sendiri pun ada terkena dalam diri sendiri jugak, cuma kita tak sedar je benda tu. dan yang paling penting, bnd2 yg disebutkan di atas bukan Allah jadikan untuk lelaki sahaja, tapi juga untuk kaum Hawa, maka sama-sama lah kita beringat dan meperingati antara satu sama lain, insyaAllah.

"sebarkan ilmu, walau satu ayat"

2 comments: