Sunday, October 3, 2010

kenapa perlu pulangkan semula?

sedih aku dengar isu pulangkan duit sumbangan di pulau pinang ni. aku ni, bukan la niat nak berpolitik ke apa. tapi, pernah ke kita terpikir akan kejadian ini? adakah negara kita ini akan terus menjadikan amalan politik sebagai kuasa mengambil hati rakyat. bukankah kejadian sperti ini menindas rakyat secara tidak langsung. 

perkara macam ni pon nak dipolitikkan kan. aku klakar betol tengok berita kat tv3 smalam, yang mana makcik2 dan pakcik2 tua itu, bangga menyerahkan duit sumbangan itu, dan mencampakkannya atas meja yang disediakan. lepas tu bergambar megah sambil menunjukkan tanda ibu jari ke bawah; tanda yang mungkin merujuk pada 'tidak bersetuju/tidak bagus'...haha. mcm tgk raja lawak pulak rasanya.

samada benar atau tidak, sumber yang kita perolehi itu halal atau haram, kita seharusnya menerima sumbangan tersebut. wang itu sendiri pada zahirnya bukannya bnda haram, tidak seperti, najis, daging anjing atau babi dan yang seumpama dengannya. tapi kenapa wang yang seharusnya digunakan untuk membeli beras, membeli tudung menutup aurat, membeli sejadah buat ibadah, membeli yasin untuk dibacakan atas saudara kita yang akan meninggal nanti, dan sebagainya DICAMPAKKAN sebegitu rupa. hinakah objek yang bergelar wang itu sehingga diperlakukan sedemikian rupa? hinakah rezeki Allah yang dikurniakan atas mereka itu?

aku harap sangat2 selepas ini ada di kalangan alim ulamak dan para mufti membuat kenyataan berhubung kes seperti ini. perjelaskan pada muslimin dan muslimat yang kat luar sana tentang keadaan sebenarnya. sekiranya situasi ini diambil kira, maka tidak bergajilah seluruh rakyat malaysia muslimin dan muslimat, kerana halal dan haram ini begitu luas skopnya. adakah kita tahu sumber duit kita itu mmg 100% halal? bukan hanya judi dan arak jadi tunjang kepada rezki yang haram, tapi duit rasuah, pemimpin makan duit rakyat untuk kepentingan sendiri, memakan harta anak yatim, duit yang dicuri,dirompak dan banyaak lagi perlu kita fikirkan. bukankah wang2 ini mengalami rotation yang kita sendiri tak tahu dari mana dia datang.

Islam itu indah dan cantik, serta tidak menyusahkan penganutnya. hanya penganutnya sendiri yang menjadi dinding dan menyusahkan Islam itu sendiri! selebihnya korang baca kat e-fatwa yg baru aku google ni ye, mungkin lebih jelas dan faham.

No comments:

Post a Comment