Saturday, October 16, 2010

hijrah itu pengorbanan 1

satu masa yang tidak lama dahulu, aku dihulurkan sehelai kertas a4 tidak rasmi yang terkandung di dalamnya satu pertanyaan ikhlas tentang penambhbaikan dalam pekerjaan. satu survey di mana mahukan kepastian daripada semua pihak tentang satu program yang akan dilaksanakan kelak. seperti yang sedia maklum, dengan secara jujur dan telusnya aku mengatakan tidak pada program tersebut kerana komitmen ku pada pengajian aku di sebuah kolej di bangi. memerlukan pengorbanan yang besar dan komitmen sabtu dan ahad, aku surrender awal!

setelah beberapa bulan berlalu, rupanya kertas a4 yang tidak rasmi tersebut menjadi bahan rasmi pengurusan untuk menukarkan aku ke tempat lain. perkhabaran survey tersebut yang pada mulanya hanyalah 'khabar bapa pada anaknya', 'main-main je', 'saja tanya khabar' dan lain-lain lagi, hanyalah satu mainan politik di tempat kerja. kelalaian aku dalam menangani politik kotor ni menjerat diri aku sendiri!

aku bukanlah jenis yang terus membangkang benda yang tak pasti. bagi aku, mungkin program tersebut boleh dipertimbangkan lagi, dan aku juga teruja untuk merasai program tersebut.ini tidak, hanya dengan survey itu, aku sudah dianggap 'derhaka' pada majikan kerana tidak mahu mengikut program yang diaturkan mereka, walhal masa interview nak dapat keje aritu, semua boleh; keje lebih masa boleh, kena campak sabah sarawak boleh, kena hantar mandi mayat boleh, jadi imam boleh, dan lain2 lagi. 

macam panjang nak citer, nanti aku sambung lagi k, to be continued .........

No comments:

Post a Comment