Thursday, October 21, 2010

salah lelaki atau perempuan?

pagi tadi aku terbaca suratkhabar dan agak memeranjatkan apabila kebanyakan muka depan akhbar memaparkan kisah mengenai seorang gadis sunti yang berjaya ditemui setelah bebarapa hari melarikan diri kerana enggan berkahwin dengan tunangya. mengikut apa yang aku baca, gadis ni yang baru berusia 20 tahun telah mereka-reka sebuah drama supaya dia dapat melarikan diri ke kuala lumpur bagi mengelakkan dia daripada berkahwin dengan tunangnya.

alasannya mudah, tunangnya yang baru dikenali empat bulan sebelum bertunang didakwanya seorang yang panas baran, suka mengongkong dan sebagainya. dakwaan ini dilafazkan oleh gadis ini setelah penemuannya semalam. dakwaan ini juga dibuat setelah gadis ini mengenali tunangnya ini lebih mendalam.
walaupun kes ini boleh dianggap selesai oleh pihak polis, namun, persoalannya, bagi mengelak perbuatan seumpama ini lagi, yang boleh meruntuhkan modal insan buat negara-negara yang sedang berkembang maju dalam harmoni islam, adakah gadis ini, atau tunangnya yang bersalah? siapa yang harus berubah demi kesejahteraan dan maruah keluarga masing-masing?
  
bersabarlah, ujian dari Allah
aku nak simpulkan yang positif je, sbb nak jadi orang yang hebat dan maju, kena pikir positif sokmo. Allah buat semua perkara ni dah siap dengan hikmahnya sekali. samada Allah nak uji kita atau memberi balasan atas perkara yang dilarangNya atas muka bumi ni direct. bagi si gadis, perkara sebegini adalah baik untuk anda, kerana sebelum disatukan,  Allah sudah tunjukkan sifat sebenar bakal suami, untuk mengelakkan anda dianiayai lebih teruk dalam rumahtangga yang sebenar nanti. itupun sekiranya dakwaannya itu benar belaka. bagi tunangnya pula, lebih baik si gadis buat hal sebelum nikah, kerana anda mungkin boleh cari perempuan yang lain dan mungkin yang lebih baik daripadanya. kalau orang tak suka dari awal, eloklah kerana tidak susah nanti bila dah diikat secara sah. macam2 hal boleh berlaku.

untuk kedua-duanya, pikirlah dari sudut positif. percayalah dengan janji Allah, insyaAllah ada perkara yang lebih baik akan menanti kalian. bincanglah antara keluarga masing-masing, masih ada jalan penyelesaian. tak perlu salahkan mana-mana pihak. muhasabah diri lebih baik daripada menuding jari pada orang lain. dan untuk orang awam pulak, tak perlulah kita memandai kata gadis ni macam ni, yang tunang dia ni pulak macam ni macam tu. kita tak tahu apa perkara sebenarnya yang berlaku antara mereka. biarlah Allah menilai di Hari Akhirat nanti. itu yang pasti!

1 comment: