Saturday, October 9, 2010

bajet 2011: bonus 2 bulan gaji

dengar tajuk je da meremang bulu roma. kalau ada rezki, alhamdulillah. orang memberi kita merasa kan. dengar khabar da dua tahun xdapat bonus. tapi insyaAllah, sekiranya kita kerja dengan ikhlas kerana Allah, Dia akan beri kita ganjaran yang akan datang kemudian. tapi kalau kita dok asyik mengharapkan ganjaran je, buat keje semua tak ikhlas, oleh sbb itulah kita syik tensen je tiap2 tahun xdpt bonus.

oleh yang demikian, CUEPACS sebagai ngo yang bertanggungjawab atas semua 1.2 juta kakitangan awam di negara kita ini, berusaha untuk mendesak kerajaan pusat supaya memberi ganjaran bonus 2 bulan gaji pada tahun ini setelah 2 tahun tidak diberikan bonus tersebut. berikutadalah petikan ucapan presidennya, Omar Osman kira-kira 3 bulan yang lepas...

“Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan.

“Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan,”

“Penjawat awam merupakan tulang belakang kerajaan…jika mereka ceria maka cerialah kerajaan. Saya harap tidak ada pihak yang mempertikaikan pemberian bonus kepada penjawat awam ini kerana jika tidak Cuepacs tidak memperjuangkan, siapa lagi.

“Selain bonus, Cuepacs dipertanggungjawabkan memperjuangkan kebajikan penjawat awam termasuk masalah gaji, elaun, insentif, perubatan, lanjutan umur persaraan dan sebagainya,”

2 bulan je, ok tak?

InsyaAllah pembentangan bajet 2011 akan dilakukan oleh PM kita pada jumaat hadapan 15 oktober 2010 ini. diharap bajet ini dapat menjana pertumbuhan beberapa sektor di negara kita seperti perindustrian, teknologi maklumat, pendidikan, pertanian dan sebagainya. 

rezaki dalam bentuk wang, mengaburi mata je, hehe
insyaAllah kalau rezki yang disebutkan ni menjadi kenyataan, boleh la memikirkan sebarang bentuk perbelanjaan yang munasabah dan berfaedah, hehe. sememangnya setiap tahun, perkara inilah yang akan dinanti-nantikan oleh para penjawat awam sekalian. berserah pada takdirmu Sang Pencipta!

2 comments:

  1. aden raso xdo dah...kalo bg pon, aden xnak...aden nak mntak gaji naik dua kali ganda...hahahaha...

    ReplyDelete
  2. salam singgah,,,

    kalo dapat alhamdulillah....leh wat tambang balik kg tahun depan..hikhikhik

    ReplyDelete