Tuesday, October 12, 2010

101010


smalam, berlalu sudah tarikh istimewa melalui zahirnya, 10-10-2010. istimewa bagi namanya, dan sudah pasti ramai manusia di luar sana mahu mengabdikan tarikh tersebut pada salah satu sejarah dalam diri mereka. seperti kebiasaan, tarikh yang istimewa ini telah dipilih dan ditakdirkan oleh Allah atas pasangan2 yang ingin mendirikan masjid pada hari itu. antara nama-nama yang gah boleh disebut di sini adalah dr sheikh muszaphar, tokey sani ekspress, aqasya, dan ramai lagi sebenarnya yang cuba mengukir tarikh 101010 ini dalam hidup mereka yang terindah ini.


tidak kurang juga pada tarikh ini telah berlaku peristiwa yang menyayat hati, tragedi kemalangan jalan raya yang paling seksa untuk dilihat dan ditonton. 12 orang termaut manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau. sedih melihat bergelimpangan mayat yang berada di sekitar kejadian. amat menyayat hati.


adik ipar aku juga memilih tarikh ini untuk mengikat tali pertunangannya dengan gadis yang sudah dikenalinya dan diperkenankan untuk dijadikan menantu mak. perjalanan yang agak tak jauh, dari rumah kami ke rumah bakal tunangnya, perjalanan mengambil masa 15 minit, xsampai pun actually. berikut adalah gambar di sekitar majlis tersebut...


 


 

ok la, tahniah pada EP yang berjaya mengikat tali pertunangannya dengan nasuha. jaga hubungan moga kekal hingga akhir hayat insyaAllah. juga sebagai peringatan buat kita semua, tarikh istimewa ini bukanlah penentu dan pengukur kepada segala kekayaan, keuntungan dan kebahgiaan kita di dunia ini. semuanya telah ditakdirkan oleh Allah SWT. risau takot ade umat islam yang sangat taksub dengan sesuatu tarikh dan menganggapnya sebagai 'kuasa atau magik', boleh dianggap sbg syirik kecil, nauzubillah.

No comments:

Post a Comment