Tuesday, September 14, 2010

pembunuhan tragis!

di sebalik kegembiraan majoriti umat islam manyambut syawal, kita semua digemparkan dengan berita pembunuhan kejam sosilawati dan 3 orang lagi umat Islam berada bersamanya. semua dok sibuk menanti berita terkini untuk mengikuti perkembangan terbaru mereka berempat. tak sangka kesudahan berita kehilangan mereka berakhir dengan tragis ini. memang sukar untuk percaya masih ada insan yang berlaku kejam sebegini rupa, ingat dalam citer hollywood je ade. dipukul-ditikam-dibakar-dibuang abu, can you imagine that!

semuanya sebab duit kan. bukan tak ada duit langsung, aset da belambak2, tapi sifat tamak tu menebal dalam diri. tapi, walau apap pon, kes ini sudah hampir selesai dengan penemuan suspek-suspek dan bhn bukti yang lain. insyaAllah, marilah kita berdoa agar dipertemukan dengan keadilan dan kebenaran, serta pembunuh tersebut menerima azab yang setimpal dengan apa yang dilakukan.

takziah buat keluarga empat saudara seIslam kita ini, sekiranya benar ajal mereka telah sampai. Al-Fatihah buat mereka berempat. Allah telah menulis segala ketetapan kita sejak azali lagi, maka sebagai insan dan hamba yang lemah, kita wajib redha atas ketentuanNya. aku tumpang sedih buat keluarga mereka, bayangkan kita di tempat mereka. syahdu mendengar rintihan seorang isteri kepada salah seorang mangsa...."Saya boleh terima kalau mereka setakat bunuh suami saya, jika ada mayatnya saya masih boleh lihat saya terima, tetapi cara pembunuhan ini menyebabkan mayatnya tidak sempurna, dan tidak ada kubur untuk saya ziarah."
 
Al-Fatihah!

1 comment: