agak terlalu lama aku tidak membuat sebarang entry dalam blog ini. kini baru dapat ilham untuk berbicara mengenai apa. sudah tentulah merakamkan sedikit momen ketika bergelar ayah 30 januari 2011 yang lalu. kami sekeluarga peroleh dua kegembiraan pada hari itu, DOUBLE JOY!
alhamdulillah, syukur atas kurniaan Ilahi kerana menganugerahkan aku seorang bayi yang sempurna sifatnya. tanggal 30 januari 2011, 10.42 pagi, maka lahirlah zuriat aku dan MOH setelah lebih kurang 5 jam bertarung dan berjuang dalam labour room tu. seperti yg dijangka, aku tidak dibenarkan masuk untuk menemani isteri tercinta kerana polisinya yang telah ditetapkan. maka aku hanya redha dan berserah pada Yang Maha Berkuasa. tak keruan aku duduk kat luar tu sorang-sorang. makan tak selera, belipaper pon xde mood nak baca.

sehingga lah detik lebih kurang jam 11 pagi aku doktor memanggil2 "sapa tunggu nurulhuda, sapa?" aku resah dan menyahut. dan doktor pun berkata...isteri awak dah SELAMAT melahirkan anak. Alhamdulillah. saat ini yg aku tunggukan. lebih kurang satu jam aku tunggu untuk ditemukan dengan anak aku tu. menitis air mata melihat wajahnya, inilah agaknya perasaan seorang ayah melihat anaknya yg baru lahir. normal la kan.
kegembiraan yang kedua pula adalah kelahiran anak angah ku, iaitu spupu buat anak aku ni jatuh pada hari yang sama. macam plan-plan je diorang ni nak keluar sama hari kan. tapi anak abang aku ni kuar awal sikit la, lebih kurang jam 1.00 pagi, tua 7-8 jam dari anak aku.
![]() |
zuriat aku |
![]() |
anak buah merangkap spupu anak aku |