Tuesday, March 22, 2011

double joy!

agak terlalu lama aku tidak membuat sebarang entry dalam blog ini. kini baru dapat ilham untuk berbicara mengenai apa. sudah tentulah merakamkan sedikit momen ketika bergelar ayah 30 januari 2011 yang lalu. kami sekeluarga peroleh dua kegembiraan pada hari itu, DOUBLE JOY!

alhamdulillah, syukur atas kurniaan Ilahi kerana menganugerahkan aku seorang bayi yang sempurna sifatnya. tanggal 30 januari 2011, 10.42 pagi, maka lahirlah zuriat aku dan MOH setelah lebih kurang 5 jam bertarung dan berjuang dalam labour room tu. seperti yg dijangka, aku tidak dibenarkan masuk untuk menemani isteri tercinta kerana polisinya yang telah ditetapkan. maka aku hanya redha dan berserah pada Yang Maha Berkuasa. tak keruan aku duduk kat luar tu sorang-sorang. makan tak selera, belipaper pon xde mood nak baca. 

sehingga lah detik lebih kurang jam 11 pagi aku doktor memanggil2 "sapa tunggu nurulhuda, sapa?" aku resah dan menyahut. dan doktor pun berkata...isteri awak dah SELAMAT melahirkan anak. Alhamdulillah. saat ini yg aku tunggukan. lebih kurang satu jam aku tunggu untuk ditemukan dengan anak aku tu. menitis air mata melihat wajahnya, inilah agaknya perasaan seorang ayah melihat anaknya yg baru lahir. normal la kan.

zuriat aku
 kegembiraan yang kedua pula adalah kelahiran anak angah ku, iaitu spupu buat anak aku ni jatuh pada hari yang sama. macam plan-plan je diorang ni nak keluar sama hari kan. tapi anak abang aku ni kuar awal sikit la, lebih kurang jam 1.00 pagi, tua 7-8 jam dari anak aku.

anak buah merangkap spupu anak aku
mengikut fitrah dan tuntutan islam, kedua-dua bayi ini telah diberikan nama. anak aku, Fidaa Hani Binti Mohamad Firdaus, manakala anak abang aku ni pulak diberi nama Insyirah Binti Faizal Ezali. nanti da beesar msti jadi kawan baik ni, da la besday sama-sama...sweeeet! nanti aku akan rajin-rajinkan jari jemari aku untuk upload lagi gambar2 terkini ok!

Monday, January 10, 2011

apa khabar sahabat

sahabat, apa khabar sekarang. setelah lama membawa haluan sendiri, adakah kau yakin dengan jalan yang kau pilih itu. aku begitu rindukan saat kita berkelana dan bersama. sedikit cebisan khabar pun aku tak pernah dengar pasal kau dari rakan-rakan yang lain. bagaimana masalah yang kau hadapi dulu. adakah sudah surut atau sebaliknya? aku sntiasa doakan kebahgiaan dan kejayaan kau. dan kau jangan lupa doakan aku jugak ye. sentiasa lah hubungi aku kalau masih anggap aku sebagai teman kau dunia dan akhiratmu. janganlah bataskan ukhwah kita hanya kerana aku sudah bergelar seorang suami dan ayah tak lama lagi. aku masih seperti dulu. ada masalah dan sebagainya, hubungilah aku wahai sahabat.......

Tuesday, December 21, 2010

menghitung hari

entah kenapa gusar dalam hati nak menyambut kelahiran cahaya hati dalam hidupku. walaupun bukan aku yang merasa pedih dan perit itu, tapi aku turut merasa apa yang terkandung dalam perut zaujahku. hanya tinggal beberapa minggu atau hari sahaja yang boleh dibilang, atau pun mungkin sebulan dari tarikh aku menulis ini, ciptaan Allah untukku akan dizahirkan di hadapan mata yang ku pinjam dariNya ini.

cukupkah persediaan aku sebagai seorang bapa untuk berbakti kepada anaknya? dari sudut rohani dan emosi. aku perlu menyiapkan diri aku akan pelbagai halangan dalam membesarkan ummat Muhammad ini. jika benar telahan sang bijaksana doktor yang memerihalkan akan sifatmu dalam perut umi mu itu, insyaAllah akan ku hargaimu wahai puteriku. Tuhan Yang Maha Mendengar telah memperkenankan impianku dari kecil untuk menciptakan seorang perempuan yang akan kucintai dan kuletakkan dirinya di bawah level umi nya yang cumel itu.

saban hari terpampang di dada akhbar akan kisah yang mengerikan mengenai kelahiran. kecuaian doktor, kematian, cacat seumur hidup, dan macam-macam lagi membuatkan aku semakin risau sekiranya si umi ni ada terbaca kisah-kisah tersebut. ironinya, psikologi dan emosinya akan sedikit terjejas menunggu saat kelahiran itu nanti. namun, di sebalik kegusaran itu, aku yakin dia sudah cukup kuat dan bersedia untuk hadapi semua ini demi pengikat kasih kami yang disayangi itu. InsyaAllah.

adinda-adindaku yang dikasihi di kampung pula sudah sibok memerihalkan nama untuk cucu sulong Hj Mahyudin ni. hanani, zulaikha, fida, hani dan macam-macam lagi nama yang mereka cuba ketengahkan. tapi biarlah si pemilik nama tersebut melihat dulu dunia yang fana ini. mereka sudah tidak cukup sabar untuk menyayangi anak buah mereka yang pertama ini,.dari pak ngahnya sampai la ke cik amat,(eh, boleh la dik ye). sungguh bertuah zuriat aku ini kerana akan dibelai dan dikasihi sepuas-puasnya oleh makcik-pakcik yang kusayangi itu.

mata sudah terpanggil2 untuk menghadap dunia yg lain. insyaAllah panjang umur dan lapang masa, blog akan di update dari masa ke masa...

Tuesday, December 7, 2010

salam tahun baru

maafkan aku wahai dunia blogging kerana sudah terlalu lama aku meninggalkanmu. maklumlah, sang isteri yang amat memerlukan perhatian yang lebih sejak akhir2 ni membataskan sikit usaha murni ku ini, hehe.

pagi ni dah masuk 1 muharam, tahun baru buat ummat Muhammad. apa yang penting dalam tahun baru 1432h ni adalah saat menanti kelahiran baru zuriat ku yang pertama. berdebar rasanya hati ini mendukung anak sendiri. keterujaan ini telah diciptakan oleh Allah agar aku lebih mensyukuri nikmatNya Yang Maha Esa.

tahun baru ini juga bakal menjadi saksi usaha 3 tahun setengah aku yaang lalu bakal berhasil dengan penamatan aku sebagai pelajar diploma pendidikan di KUIS. tapi kalau nak kira daripada sekarang, lambat lagi, mungkin 7-8 bulan lagi. 

so, semoga dengan kehadiran tahun baru hijrah ni dapatlah menguatkan lagi amal ibadat kita dengan sang Pencipta. sudah tentu setiap tahun baru yang diraikan, mestilah terdetik di hati untuk menanam azam baru. semoga apa yang dihajati akan terlaksana jua, insyaAllah...