Thursday, October 28, 2010

sedikit tertekan!

agak tertekan sikit skang ni...hm, masalah kerja yang tak selesai2 lagi ni. aku cuba bersifat realistik dalam menangani bnda ni. memandang ke hadapan, itu yg lebih tepat! dan masalah2 hati yg kecil sedikit mengganggu, mmbuatkan aku gelisah tak menentu sementara. aku tak tahu apa bnda yg aku buat ni, aku sedikit resah dan hilang arah. aaargh, masalah hati yg kecil ni usah diragu sangat. mengadu pada Allah je lah...

full inspiration by these two quotes!!

nanti balik keje tak boleh masam2, nanti MOH dan baby tengok, xelok pulak. iaku kena tunjukkan contoh motivasi yang terbaek uat mereka. InsyaAllah dengan melihat mereka berdua, aku akan dapat inspirasi yang penuh bermakna...

Wednesday, October 27, 2010

iphone 4 vs samsung galaxy s

da lama aku tak update blog ni. arini aku nak letak comparison specs antara dua bijik smartphone yang tengah meletup skang ni. samsung galaxy s dengan iphone 4. dua2 smartphone ni tengah hangat skang kat kedai2 yg berhampiran...dengan review ini juga aku harap dapat mmbantu pguna2 di luar sana membuat pilihan k! kalo korang nak beli, tengok2la jugak bajet, kalo ade lebih, alang2 amek iphone tros. bgantung pada apa yg kita perlukan dalam smartphone tu..


Feature Apple iPhone 4 Samsung Galaxy S Verdict?
Operating system (OS) Apple iOS4 Google Android 2.1 (upgradeable to 2.2) Draw
Display technology Capacitive retina IPS Capacitive Super AMOLED Draw
Display resolution 640x960 pixels 480x800 pixels iPhone 4
Multitouch Yes Yes Draw
Camera 5 megapixels, LED flash, autofocus, geotagging 5 megapixels, no flash, autofocus, geotagging, face and smile detection Draw
FM radio No Yes Galaxy S
GPS Yes Yes Draw
Internal memory 16GB or 32GB 8GB or 16GB iPhone 4
Expandable memory No microSD card slot Galaxy S
Dimensions 115.2 x 58.6 x 9.3mm 122.4 x 64.2 x 9.9mm iPhone 4
Weight 137g 118g Galaxy S
Application store Apple App Store Google Android Market iPhone 4
Processor Apple A4 ARM Cortex A8 (1GHz) Draw
3G networks HSDPA 850/ 900/1900/2100 HSDPA 900/1900/2100 iPhone 4
Wi-Fi 802.11b/g/n 802.11b/g/n Draw
Bluetooth 2.1 with A2DP 3.0 with A2DP Galaxy S
Quoted talk time Up to 7 hours Up to 6.5 hours iPhone 4
Quoted standby time Up to 300 hours Up to 576 hours Galaxy S
Adobe Flash support No No (Yes after 2.2 update) Galaxy S

Sunday, October 24, 2010

back to school!

hari ni hari petama sambung blaja setelah sebulan lebih cuti sem. bese la kelas pertama, bersemangat waja dan poyo skit. buku mcm bese, tiap2 sem kena beli baru, padahal buku nota sem lepas banyak lagi kosong. dan tak pakai. walaupun sudah agak bosan untuk duduk dalam kelas dan dgr lecture dari pensyarah, namun aku masih mengharapkan keberkatan ilmu yang bakal aku terima dari mereka. aku harus lebih fokus kali ni sbb da banyak duit aku labur untuk mndapatkan ilmu yg bermanfaat ni.

course utk sem ni mmg agak tough skit la. 2 subject perlu menggunakan medium bahasa arab sebagai pengantar komunikasi antara kami semua. tapi tidaklah se-skema itu yang harus kami kena ikut. ini semua adalah learning proccess. lecturer yg ckp arab penoh mmg tak paham lgsg kalo dia ckp laju. tapi nak bt mcm mana, da silibus nye mmg mcm tu kan.

setiap musim pembelajaran tu, pasti ada masalah tersendiri. cukup2 lah masalah kat opis tu, malas nak pikir da. msti best kalo da grade nanti kan. konvo bawak anak, masa tu mgkin dia 5 6 bulan, haha. berangan tak sudah. tapi itulah impian aku. bersama2 MOH yang tercinta. susah dan senang bersama akan ku abeskan jugak musim pengajian ni, untuk ilmu yang akan dibawa hingga akhirat kelak...insyaAllah. 
da la, saje je nak merepek malam2 ni. nak tidor la pulak. nagantuk bangat, sok ade kelas lain pulak. assalamaualaikum!

Thursday, October 21, 2010

salah lelaki atau perempuan?

pagi tadi aku terbaca suratkhabar dan agak memeranjatkan apabila kebanyakan muka depan akhbar memaparkan kisah mengenai seorang gadis sunti yang berjaya ditemui setelah bebarapa hari melarikan diri kerana enggan berkahwin dengan tunangya. mengikut apa yang aku baca, gadis ni yang baru berusia 20 tahun telah mereka-reka sebuah drama supaya dia dapat melarikan diri ke kuala lumpur bagi mengelakkan dia daripada berkahwin dengan tunangnya.

alasannya mudah, tunangnya yang baru dikenali empat bulan sebelum bertunang didakwanya seorang yang panas baran, suka mengongkong dan sebagainya. dakwaan ini dilafazkan oleh gadis ini setelah penemuannya semalam. dakwaan ini juga dibuat setelah gadis ini mengenali tunangnya ini lebih mendalam.
walaupun kes ini boleh dianggap selesai oleh pihak polis, namun, persoalannya, bagi mengelak perbuatan seumpama ini lagi, yang boleh meruntuhkan modal insan buat negara-negara yang sedang berkembang maju dalam harmoni islam, adakah gadis ini, atau tunangnya yang bersalah? siapa yang harus berubah demi kesejahteraan dan maruah keluarga masing-masing?
  
bersabarlah, ujian dari Allah
aku nak simpulkan yang positif je, sbb nak jadi orang yang hebat dan maju, kena pikir positif sokmo. Allah buat semua perkara ni dah siap dengan hikmahnya sekali. samada Allah nak uji kita atau memberi balasan atas perkara yang dilarangNya atas muka bumi ni direct. bagi si gadis, perkara sebegini adalah baik untuk anda, kerana sebelum disatukan,  Allah sudah tunjukkan sifat sebenar bakal suami, untuk mengelakkan anda dianiayai lebih teruk dalam rumahtangga yang sebenar nanti. itupun sekiranya dakwaannya itu benar belaka. bagi tunangnya pula, lebih baik si gadis buat hal sebelum nikah, kerana anda mungkin boleh cari perempuan yang lain dan mungkin yang lebih baik daripadanya. kalau orang tak suka dari awal, eloklah kerana tidak susah nanti bila dah diikat secara sah. macam2 hal boleh berlaku.

untuk kedua-duanya, pikirlah dari sudut positif. percayalah dengan janji Allah, insyaAllah ada perkara yang lebih baik akan menanti kalian. bincanglah antara keluarga masing-masing, masih ada jalan penyelesaian. tak perlu salahkan mana-mana pihak. muhasabah diri lebih baik daripada menuding jari pada orang lain. dan untuk orang awam pulak, tak perlulah kita memandai kata gadis ni macam ni, yang tunang dia ni pulak macam ni macam tu. kita tak tahu apa perkara sebenarnya yang berlaku antara mereka. biarlah Allah menilai di Hari Akhirat nanti. itu yang pasti!