Tuesday, November 23, 2010

spm menjelang tiba

spm datang lagi menghantui student2 form 5 pada tahun ini. peperiksaan yang menjadi penentu atau titik permulaan karier bagi setiap pelajar ini sememangnya sangat dinanti-nantikan setelah berpeluh-peluh memerah keringat selama 2 tahun bermula dari form 4 dan form 5. aku dulu memang study last minit, sperti kebiasaan la, dan mmg aku target beberapa subject je, nak score. dan hasilnya, yang aku tak bajet dan target tu mmg kantoi sudah la, haha.

ada dedikasi penting untuk student2 spm esok. yang pertama skali adalah jaga hubungan dengan Allah, tu yang paling penting skali. cukupkan solat, banyakkan amalan sunat. mohon dgn Allah banyak2, moga dipermudahkan segala amalan nak menjawab nanti. yang kedua, haruslah kita bermaafan dengan kedua ibubapa skiranya ada perbuatan kita yang menyinggung mereka, kerana takut, perkara itu yang akan menjadi penghalang kita untuk score lebih cemerlang nanti. seterusnya, mintak maaf jugak dengan guru2 kita yang selama ini mengajar kita, minta keberkatan ilmu yang diberi kan serta mohonlah dengan mereka agar disebutkan nama kita dalam doa mereka. insyaAllah ada keberkatannya.

yang selebihnya tu, macam bese la, toksah baca2 da buku tebal2 time skang ni, baca nota2 ringkas je. yang mudah faham. buat ulangkaji dan perbanyakkan latihan. malam2 tidur awal, xyahla nak stayback sampai kol 2 ke 3, haram kejadahnya. kalo nak, bangun awal kol 5 ke 6. solat subuh teros lagi elok dan bermanfaat. makan pon kena jaga, elakkan makan makanan yang tak berkhasiat. kesihatan pon sama jaga. semua ni penting. dua tiga minggu ni je korang kena btol2 buat yang the best utk diri korang. pastu korang nak buat hal masing2 lantakla. spm ni la memudahkan korang semua nnti lepas abes skolah ni. dan sbenarnya, apa yg aku nasihatkan ni, aku tak penah buat, hahahahahaha. tapi pervayalah, bila kita da ada pgalaman yang sebegini, ia lebih berharga dan berguna buat adik-adik kita ni. kita tak buat bnda ni, dan sbenarnya kita rasa menyesal sbb apa tak buat. rasa nak amek lagi je untuk perbaiki kesilapan kita yang lalu.

buat adinda nun jauh di utara sana, kami di sini mendoakan yang terbaik untuk ko. ko lah harapan mak dan ayah buat masa ni. untuk diri kau jugak. kami yakin kau boleh melaksanakan apa jua susah dan senang yang datang melintang kat diri kau nanti. banyakkan bedoa pada Allah, dan yakin pada diri sendiri ok!

sedikit paparan sewaktu menghantar beliau ke skolah nya utk berjuang kali terakhir di musim 2010 ini...







do your best and wish you luck, siti aisyah!

Saturday, November 20, 2010

cuti-cuti telok batek

lama sudah meninggalkan tulisan di alam maya ni. kali ni nak becerita pasal percutian aku bersama-sama MOH dan adik-adiknya ke telok batik, lumut petang semalam. da lama nak bawak adik2 g jenjalan, tapi baru ni lah berkesempatan.

termasuk sepupu sepapat mereka, bersama acik yan sorang, perjalanan 3 buah kereta mengambil masa lebih kurang sejam itu untuk sampai di loksai yang hendak dituju. selepas solat, maka kami terus menuju ke telok batik itu untuk meneruskan impian kami untuk bermain air!

syok sangatlah tengok adik2 maen air. temasok aku skali. thanqs kat adik2, abg long ini sangat suka tengok keletah dan kegedikan kamu semua. kalo kt rumah je busan, kan kan kan. nanti kita plan lagi nak g mana2 cuti skolah ni tau. smpat lagi ngumpol duit, kita tunggu esah abes spm, bulan 12. utk adinda ira yg tak ikut smlam, sebab kena g skolah, nnt next event lak kita g ye. kita g semua skali...

ok la, tataplah beberapa gambar yang aku uploadkan uttk tatapan korang semua....

 
 

 
 
 

 
 




Wednesday, November 10, 2010

warkah buat sahabat

sahabat...andai benar kau yang menghantar sms memohon nasihat dan pandangan tentang masalahmu, terus terang aku katakan bahawa aku bukanlah penasihat dan pemikir yang baik buat dirimu. namun sebagai seorang muslim dan sahabat baikmu yang dicari di dunia dan menantimu di surga nanti, insyaAllah, aku kerah juga pengalamanku dan pengamatanku yang sedikit ini agar boleh dijadikan panduan hidupmu wahai sahabat...

sahabat yang diredai Allah, janganlah kau segan dengan dan malu atas apa yang telah aku miliki skrg. semuanya telah Allah takdirkan, perjalanan hidup kita telah ditentukan Yang Maha Esa, sesungguhnya setiap kehidupan kita adalah berbeza liku-liku dan suka dukanya. Allah itu Maha Adil, percayalah bahawa suatu hari nanti kebahgiaan dan kegembiraan akan berpihak buat diri kau.

aku juga pernah mengalami kemurungan yang berpanjangan satu ketika dahulu. ingatkah kau pada sejarah hitam dalam hidup aku satu tempoh masa dahulu? dan aku amat bersyukur pada Allah kerana menyedarkan aku lebih awal sebelum bnda tu trus mnghantui aku lebih parah. carilah penyelesaian dan mengadulah dengan Allah secara terus. banyakkan menyebut namanya, insyaAllah tiada penolong dan pendengar masalah yang paling baik melainkan Allah Taala. percayalah!

ibubapa merupakan jambatan kita dengan keberkatan dan kerahmatan. janganlah kita menganggap yang bukan2 mengenai ibu dan bapa kita. yakinlah bahawa secara fitrahnya, semua parents inginkan yang terbaik dan paling baik buat semua anak2 mereka. dan kau akan merasainya satu hari nnt apabila bergelar ayah kelak. tak ada istilah menyusahkan mak ayah sekiranya kita belum bekerja, tak abes belajar lagi, masih ditanggung dan sebagainya keran itu adalah tanggungjawab mereka membesarkan kita hatta kita sudah kahwin sekalipun, kita wajib menghormati, memelihara serta mendoakan kesejahteraan ibubapa kita hingga akhir hayat kita. adik beradik juga tidak harus dijadikan pembuka kelemahan buat diri kita sendiri. ada antara mereka yang lebih advance daripada kita tidak bermakna kita ini lembap dan tidak disayangi keluarga. sebenarnya blum tba masa lagi, untuk kau mengecapinya, kerana kau adalah insan yang telah dipilih oleh Allah untuk lalui jallan  yang sebegini.

sahabat, ingatlah, tak semua rakan-rakan kita ada yang berjaya. ada yang lebih teruk lagi, tak dapat belajar, menganggur sahaja dan sebagainya. be positif dalam hal ini, bila kita set minda bahawa kita ini adalah org yang lemah dan ketinggalan, maka kita akan menjadi seperti itu. berfikirlah, bahawa ada orang yang lebih susah, dan lebih teruk lagi daripada kita, justeru itu kita akan mengucapkan syukur dan kasih kita kepada Allah Taala. maka ucapkanlah Alhamdulillah tanda kesyukuran terhadap nikmat yang diberikan kepada kita.

sahabat yang dirindui, datanglah bertemu denganku. sudah lama kita tidak berjumpa. walaupun aku sudah berkahwin, tapi itu bukan alasan untuk tali ukhwah yang kita bina atas nama Allah ini terputus begitu sahaja. aku juga pernah melalui kedukaan yang agak lama seperti ini. tapi alhamdulillah, aku berjaya harunginya. kawan2 dan famili banyak membantu. sewaktu susah, aku cari kawan2 untuk share masalah dengan mereka. percaya dan hargailah persahabatan ini. ingat, Allah memilih kita untuk hadapi masalah dan ujian ini kerana tiada sangsi bagiNya bahawa kita mampu dan boleh melepasinya. sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Adil. 

akhir kalam, aku sentiasa doakan kesejahteraan dan kesenangan yang berpanjangan buat dirimu yang sedang menghadapi ujian Allah ini. aku juga sedang merinduimu dan menyayangimu, kerana lama sudah terputus komunikasi akibat kesibukan masing-masing. ingat, jangan lupa cari aku, sebab dulu, aku ada masalah aku cari kau wahai sahabat. aku ikhlas menulis warkah ini, aku redha atas apa yang telah aku kongsikan ini, semoga Allah merahmati dan terus memberi keberkatan atas ukhwah kita ini. janganlah berduka, aku rindukan saat kita bersama dahulu, susah dan senang didampingi....

Tuesday, November 9, 2010

kisah lawak untuk suami

harini nak share cerita yang aku baca pagi ni, kisah lawak seorang bakal ayah dan memang kena ngan aku nk jd bakal ayah gak, tapi xda kaitan la dengan citer ni, haha..sekadar bacaan dan semoga kisah ini menghadirkan senyuman di tepi bibir masing-masing...

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!" "Alhamdulillah! Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. "Saya bekerja di Twin Star Enterprised"


kemudian keluar nurse lain pula dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!" "Subhanallah! Mungkin juga satu kebetulan" jawab ayah kedua. "Saya kerja di 3M Corporation"


kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah ketiga, "Congratulation! awak mendapat anak kembar empat!" "Allahuakbar! Mungkin juga satu kebetulan" jawab ayah kedua. "Saya kerja di Four Season Hotel!"


Ppada masa ini ayah yang keempat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat?" jawab ayah keempat, "saya bekerja di Seven-eleven!" adakah mungkin......