Tuesday, December 21, 2010

menghitung hari

entah kenapa gusar dalam hati nak menyambut kelahiran cahaya hati dalam hidupku. walaupun bukan aku yang merasa pedih dan perit itu, tapi aku turut merasa apa yang terkandung dalam perut zaujahku. hanya tinggal beberapa minggu atau hari sahaja yang boleh dibilang, atau pun mungkin sebulan dari tarikh aku menulis ini, ciptaan Allah untukku akan dizahirkan di hadapan mata yang ku pinjam dariNya ini.

cukupkah persediaan aku sebagai seorang bapa untuk berbakti kepada anaknya? dari sudut rohani dan emosi. aku perlu menyiapkan diri aku akan pelbagai halangan dalam membesarkan ummat Muhammad ini. jika benar telahan sang bijaksana doktor yang memerihalkan akan sifatmu dalam perut umi mu itu, insyaAllah akan ku hargaimu wahai puteriku. Tuhan Yang Maha Mendengar telah memperkenankan impianku dari kecil untuk menciptakan seorang perempuan yang akan kucintai dan kuletakkan dirinya di bawah level umi nya yang cumel itu.

saban hari terpampang di dada akhbar akan kisah yang mengerikan mengenai kelahiran. kecuaian doktor, kematian, cacat seumur hidup, dan macam-macam lagi membuatkan aku semakin risau sekiranya si umi ni ada terbaca kisah-kisah tersebut. ironinya, psikologi dan emosinya akan sedikit terjejas menunggu saat kelahiran itu nanti. namun, di sebalik kegusaran itu, aku yakin dia sudah cukup kuat dan bersedia untuk hadapi semua ini demi pengikat kasih kami yang disayangi itu. InsyaAllah.

adinda-adindaku yang dikasihi di kampung pula sudah sibok memerihalkan nama untuk cucu sulong Hj Mahyudin ni. hanani, zulaikha, fida, hani dan macam-macam lagi nama yang mereka cuba ketengahkan. tapi biarlah si pemilik nama tersebut melihat dulu dunia yang fana ini. mereka sudah tidak cukup sabar untuk menyayangi anak buah mereka yang pertama ini,.dari pak ngahnya sampai la ke cik amat,(eh, boleh la dik ye). sungguh bertuah zuriat aku ini kerana akan dibelai dan dikasihi sepuas-puasnya oleh makcik-pakcik yang kusayangi itu.

mata sudah terpanggil2 untuk menghadap dunia yg lain. insyaAllah panjang umur dan lapang masa, blog akan di update dari masa ke masa...

Tuesday, December 7, 2010

salam tahun baru

maafkan aku wahai dunia blogging kerana sudah terlalu lama aku meninggalkanmu. maklumlah, sang isteri yang amat memerlukan perhatian yang lebih sejak akhir2 ni membataskan sikit usaha murni ku ini, hehe.

pagi ni dah masuk 1 muharam, tahun baru buat ummat Muhammad. apa yang penting dalam tahun baru 1432h ni adalah saat menanti kelahiran baru zuriat ku yang pertama. berdebar rasanya hati ini mendukung anak sendiri. keterujaan ini telah diciptakan oleh Allah agar aku lebih mensyukuri nikmatNya Yang Maha Esa.

tahun baru ini juga bakal menjadi saksi usaha 3 tahun setengah aku yaang lalu bakal berhasil dengan penamatan aku sebagai pelajar diploma pendidikan di KUIS. tapi kalau nak kira daripada sekarang, lambat lagi, mungkin 7-8 bulan lagi. 

so, semoga dengan kehadiran tahun baru hijrah ni dapatlah menguatkan lagi amal ibadat kita dengan sang Pencipta. sudah tentu setiap tahun baru yang diraikan, mestilah terdetik di hati untuk menanam azam baru. semoga apa yang dihajati akan terlaksana jua, insyaAllah...

Tuesday, November 23, 2010

spm menjelang tiba

spm datang lagi menghantui student2 form 5 pada tahun ini. peperiksaan yang menjadi penentu atau titik permulaan karier bagi setiap pelajar ini sememangnya sangat dinanti-nantikan setelah berpeluh-peluh memerah keringat selama 2 tahun bermula dari form 4 dan form 5. aku dulu memang study last minit, sperti kebiasaan la, dan mmg aku target beberapa subject je, nak score. dan hasilnya, yang aku tak bajet dan target tu mmg kantoi sudah la, haha.

ada dedikasi penting untuk student2 spm esok. yang pertama skali adalah jaga hubungan dengan Allah, tu yang paling penting skali. cukupkan solat, banyakkan amalan sunat. mohon dgn Allah banyak2, moga dipermudahkan segala amalan nak menjawab nanti. yang kedua, haruslah kita bermaafan dengan kedua ibubapa skiranya ada perbuatan kita yang menyinggung mereka, kerana takut, perkara itu yang akan menjadi penghalang kita untuk score lebih cemerlang nanti. seterusnya, mintak maaf jugak dengan guru2 kita yang selama ini mengajar kita, minta keberkatan ilmu yang diberi kan serta mohonlah dengan mereka agar disebutkan nama kita dalam doa mereka. insyaAllah ada keberkatannya.

yang selebihnya tu, macam bese la, toksah baca2 da buku tebal2 time skang ni, baca nota2 ringkas je. yang mudah faham. buat ulangkaji dan perbanyakkan latihan. malam2 tidur awal, xyahla nak stayback sampai kol 2 ke 3, haram kejadahnya. kalo nak, bangun awal kol 5 ke 6. solat subuh teros lagi elok dan bermanfaat. makan pon kena jaga, elakkan makan makanan yang tak berkhasiat. kesihatan pon sama jaga. semua ni penting. dua tiga minggu ni je korang kena btol2 buat yang the best utk diri korang. pastu korang nak buat hal masing2 lantakla. spm ni la memudahkan korang semua nnti lepas abes skolah ni. dan sbenarnya, apa yg aku nasihatkan ni, aku tak penah buat, hahahahahaha. tapi pervayalah, bila kita da ada pgalaman yang sebegini, ia lebih berharga dan berguna buat adik-adik kita ni. kita tak buat bnda ni, dan sbenarnya kita rasa menyesal sbb apa tak buat. rasa nak amek lagi je untuk perbaiki kesilapan kita yang lalu.

buat adinda nun jauh di utara sana, kami di sini mendoakan yang terbaik untuk ko. ko lah harapan mak dan ayah buat masa ni. untuk diri kau jugak. kami yakin kau boleh melaksanakan apa jua susah dan senang yang datang melintang kat diri kau nanti. banyakkan bedoa pada Allah, dan yakin pada diri sendiri ok!

sedikit paparan sewaktu menghantar beliau ke skolah nya utk berjuang kali terakhir di musim 2010 ini...







do your best and wish you luck, siti aisyah!

Saturday, November 20, 2010

cuti-cuti telok batek

lama sudah meninggalkan tulisan di alam maya ni. kali ni nak becerita pasal percutian aku bersama-sama MOH dan adik-adiknya ke telok batik, lumut petang semalam. da lama nak bawak adik2 g jenjalan, tapi baru ni lah berkesempatan.

termasuk sepupu sepapat mereka, bersama acik yan sorang, perjalanan 3 buah kereta mengambil masa lebih kurang sejam itu untuk sampai di loksai yang hendak dituju. selepas solat, maka kami terus menuju ke telok batik itu untuk meneruskan impian kami untuk bermain air!

syok sangatlah tengok adik2 maen air. temasok aku skali. thanqs kat adik2, abg long ini sangat suka tengok keletah dan kegedikan kamu semua. kalo kt rumah je busan, kan kan kan. nanti kita plan lagi nak g mana2 cuti skolah ni tau. smpat lagi ngumpol duit, kita tunggu esah abes spm, bulan 12. utk adinda ira yg tak ikut smlam, sebab kena g skolah, nnt next event lak kita g ye. kita g semua skali...

ok la, tataplah beberapa gambar yang aku uploadkan uttk tatapan korang semua....