Thursday, October 7, 2010

PMR

malas nk tulis tajuk panjang-panjang. skarang ni tgh hangat pepeiksaan besar buat student form 3,PMR. dah dua hari berlalu, selasa yang lepas. kalau nak ingat kenangan masa form 3 yang lepas, mmg best gile la. kalo kt asrama tu, kami satu form3 duduk satu tingkat. kami pegang tingkat 3 tu, haha. mmg bagus pon pihak pengurusan asrama buat mcm tu, sng nak studi dan memekak..haha. tahun tu je yg ada satu form dok skali. kalo prep pon rasa nk study kat bilik je, hehe. kawan2 lak mmg kaki study, so aku pon terikut gak la study. yg memekak pon xkurang hebat jugak. 

PMR yg lepas bg aku, adalah satu kejutan. walaupun tak jangka dengan keputusan yg mcm tu, namun terdetik di satu sudut diri aku ni, sedikit kekecewaan, dengan satu subjek ni. subjek ni mmg aku xminat langsung dr sekolah rendah sampai la skang ni. subjek tu yg men-'ngotor'-kan sikit slip result aku tu. ntah la, kalo pikir balik, sbenanrny boleh je nak score subjek tu, tapi sbb sifat 'tak suka' dr awal lg tu, mmg mmbuatkan aku malas nk study pon subjek berkenaan. 

so, buat adik2 yang sedang menduduki PMR ni, aku ucapkan selamat menjawab dan harap2 dapat result bagus la. zaman skang ni full A's pon blom tentu dapat asrama penuh dan MRSM tu. A tu pulak dinilai, ckp2 mkn ke, atau mmg excellent A's. competitionmmg sangat sengit skang ni. nasihat dr abang yg da tua ni, 
  1. hubungan dengan sang pencipta kenalah jaga. solat cukup, solat hajat lagi, doa menimbun2..kena la ada, diringi dengan usaha yang kita da buat. spirit of usaha-doa-tawakal! baca buku tu jgn samapi lewat dan tinggal solat pulak, xberkat baca buku tu nnt.
  2. apa kerja skali pon kita nak buat, restu dan doa mak dan ayah kena mintak sungguh2. itu yang penting. jgn melawan ckp mak dan ayah, jgn tak tegor mak ayah sbb dok sibuk nk baca buku. tak elok tau! 
  3. ade mintak maaf dengan cikgu-tenaga pengajar tak? ni pon penting jugak. restu guru pon mesti ada. seboleh-bolehnya, minyak cikgu sebut nama kitra dalam doa dia, insyaAllah lebih cerah usaha kita untuk berjaya dalam peperiksaan.
  4. jangan study last minit, terutama study midnight. kalau esoknya ada paper jam 8.00 malam elok la tidur kol 9 ke, 10 ke. ini boleh menyebabkan mengantuk dan hilang konsenstrasi untuk menjawab soalan kalau korang tidur lewat malam.
  5. waktu2 exam mcm ni, makanla bnda2 yang berkhasiat sikit. no cekedis, no asam2 k. kontrol la, untuk seminggu dua ni. takot2 datang gastrik dan sebagainya. bykkan makan kismis, menjana pemikiran dan idea. 
ok la, skit je ni. pape pon selebihnya kena mintak dengan Allah la. walau power mana usaha kita, tapi kalu kita bongkak dengan Dia, tak dapatlah apa yang dihajatkan. ingat, walau bodoh mana kita belajar selama ni, Allah nak uji kita je, berterusan kita wat ibadat, Allah senang-senang je boleh bg kita idea dan ilmu yang melimpah ruah masa tengah menjawab. Allah sayang pada hamba yang taat dan ingat padaNya. kalau faham konsep konsep 'kun-fayakuun', insyaAllah kita amalkan.

"sebarkan ilmu, walau satu ayat"

Tuesday, October 5, 2010

maxis vs digi - iphone 4, which is better?

skang ni mmg tgh musim iphone 4 kan. iphone 4 kali ni mmg ditunggu2 buat penggemar produk apple ni. aku ni, xde la minat sangat, tapi kalo da ade atas tapak tangan ni, mgkin boleh teruja jugak kan. sape tau, kot2 ade rezki aku..kan2. so, arini aku nak share comparison plan yang sedang hangat dipromotekan oleh 2 syarikat telco yang hebat, digi dan maxis.


actually, each company ada diorg punya pro and cons buat client kan. mengikut bajet dan keperluan kita la. kalo rasa mampu, angkat. kalo rasa mmg nak pakai, bt bisnes ke apa, silakan menambah koleksi gadget anda. nanti time da takde duit, everything dalam kepala semua nak beli. aku ada la buat research skit pasal plan2 yang ada ni, dan aku telah mencilok some information dari beberapa website yang ada share pasal bnd ni jugak. 

pelan maxis
pelan digi
ini adalah hasil kutipan maklumat dari website maxis dan digi sendiri yang sedang hangat dipromotekan skang ni. dan ada blog/website yang advance buat comparison sendiri dalam satu picture. antaranya SoyaCincau.com dan iphonemalaysiablog.com. ni antara comparison yang aku dapat, sama sebenarnya yang dekat atas tu pun.



in my opinion la kan, kalau korang rasa nak banyak guna call, pakai la maxis, tapi bayar lebeh skit bulan2. kalau banyak guna data (tenet), elok la pakai digi. sbb dia unlimited usage, cuma speed akan jadi kurang skit la. memndangkan korang asik ber-facebook dan tweet je, xda maknanya nak guna data banyak2 ni. 1gb tu da kira banyak la. 

satu lagi, aku tau korang msti nak bajet gak masa mula2 nak beli tu kan. kalo gitu gayanya, maxis la pilihan yang tepat, sbb mmg murah. digi hny ada dua choice, rm2090 dan rm2490,that's mean above 2k kan. tapi sbenarnya, hidden value kat sini adalah overall payemnt yang korg bayar ni nnt selama 2 tahun, mmg jimat kalo pakai digi la.

sebenanrnya, mana satu plan yang syok adalah kehendak diri sendiri. it's up to you. dua-dua pon ada bagi advantage kat you all kan. ok la, sampai sini je aku nak men-sharing bende ni, kalo ade bnd2 nak tny ke, share ke, leh la comment skit kt bwh ni. saper2 yang da ade beli jgn lupa bg aku pgg, teringin gak nk pegg iphone 4 ni, haha. asik tgk kt alam maya je.

mana satu pilihan anda?

Sunday, October 3, 2010

raikan syawal

majlis meraikan syawal tiba juga di opis aku. walaupun syawal hampir sampai ke penghujung, namun kami masih smpat mengaturkannya, bagai amalan tradisi yang sukar untuk dilupakan. hampir setiap tahun kami akan meraikannya, cuma mngkin dengan cara dan style berbeza. walau apa pun, matlamatnya ttp sama, menjadikan bulan syawal sbg medan pengikat ukhwah silaturrahim antara kami semua. hari jumaat lepas yang menggamit nafsu makan kami, hehe.

bertemakan 'potluck', yang mana setiap individu dikehendaki mmbawa makanan sendiri dengan ikhlas hati, bertukr-tukar juadah makanan untuk dihidangkan, nafsu untuk melantak bagai tak keruan dibuatnya. kami juga ada buat makanan main course sebagai makanan wajib, takut tak cukup mknn yang dibawa. skurang-kurangnya, biar la semua org dpt merasa, apa yang mereka sendiri usahakan. nasi minyak sebagai mknn wajibnya, maka takkan ada la yg akan ngadu lapar lepas majlis ni kan!

credit to persons in charge, group of persona lady yg memerah keringat idea, mcm mana nak oder, nk mkn apa, kol bape nk start, nk bt kt mana, dan sbgnya. walaupon ia adalah kptsn bersama, namun d sbalik ssuatu majlis perlulah ada org di blakang tabirnya. takkan semua nak tgg hari mkn je kan. biasalah, nak buat sesuatu, Allah bg ujian dan dugaan masalah, untuk kita berfikir waras tntg penyelesaiannya. mana ada bnd yg perfect, btol tak? whatever it is, mknn mmg sedap. yg dibayar sudah dimakan kenyang. yang dibawa dr rumah pon mmg best2. juga jutaan terima kasih dan didoakan murah rezki buat yang seikhlas hati menyumbangkan sedikit rezki Allah Taala yan dipinjamkan kepadanya untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yg lain dengan membeli makanan2 yg agak mahal tapi puas hati mkn. KFC, sate, kek secret recipe, dan lain-lain yang tak disebutkan, sebb yang ni je aku makan pon, haha. insyaAllah rezki kalian akan bertambah dari hari ke hari, bulan ke bulan dengan berkatnya.

aku nk share skit gambar2 event ni, tapi xbanyak la. bt member2, nk byk lagi meh dtg bwk pendrive copy kat aku k! yg lebih tgk kt fb aku pon ada. dengan aneka makanan, pelbagai ragam, macam2 jenis pakaian yang dipertontonkan..mmg best. bkn slalu mcm ni kan. kalo keje tu tak dapat da gathering sama2 mcm ni. kita amek yg positif je k. meh layan gambo...

 
 
 
 

 
 
 
 
 

jom guring!

kenapa perlu pulangkan semula?

sedih aku dengar isu pulangkan duit sumbangan di pulau pinang ni. aku ni, bukan la niat nak berpolitik ke apa. tapi, pernah ke kita terpikir akan kejadian ini? adakah negara kita ini akan terus menjadikan amalan politik sebagai kuasa mengambil hati rakyat. bukankah kejadian sperti ini menindas rakyat secara tidak langsung. 

perkara macam ni pon nak dipolitikkan kan. aku klakar betol tengok berita kat tv3 smalam, yang mana makcik2 dan pakcik2 tua itu, bangga menyerahkan duit sumbangan itu, dan mencampakkannya atas meja yang disediakan. lepas tu bergambar megah sambil menunjukkan tanda ibu jari ke bawah; tanda yang mungkin merujuk pada 'tidak bersetuju/tidak bagus'...haha. mcm tgk raja lawak pulak rasanya.

samada benar atau tidak, sumber yang kita perolehi itu halal atau haram, kita seharusnya menerima sumbangan tersebut. wang itu sendiri pada zahirnya bukannya bnda haram, tidak seperti, najis, daging anjing atau babi dan yang seumpama dengannya. tapi kenapa wang yang seharusnya digunakan untuk membeli beras, membeli tudung menutup aurat, membeli sejadah buat ibadah, membeli yasin untuk dibacakan atas saudara kita yang akan meninggal nanti, dan sebagainya DICAMPAKKAN sebegitu rupa. hinakah objek yang bergelar wang itu sehingga diperlakukan sedemikian rupa? hinakah rezeki Allah yang dikurniakan atas mereka itu?

aku harap sangat2 selepas ini ada di kalangan alim ulamak dan para mufti membuat kenyataan berhubung kes seperti ini. perjelaskan pada muslimin dan muslimat yang kat luar sana tentang keadaan sebenarnya. sekiranya situasi ini diambil kira, maka tidak bergajilah seluruh rakyat malaysia muslimin dan muslimat, kerana halal dan haram ini begitu luas skopnya. adakah kita tahu sumber duit kita itu mmg 100% halal? bukan hanya judi dan arak jadi tunjang kepada rezki yang haram, tapi duit rasuah, pemimpin makan duit rakyat untuk kepentingan sendiri, memakan harta anak yatim, duit yang dicuri,dirompak dan banyaak lagi perlu kita fikirkan. bukankah wang2 ini mengalami rotation yang kita sendiri tak tahu dari mana dia datang.

Islam itu indah dan cantik, serta tidak menyusahkan penganutnya. hanya penganutnya sendiri yang menjadi dinding dan menyusahkan Islam itu sendiri! selebihnya korang baca kat e-fatwa yg baru aku google ni ye, mungkin lebih jelas dan faham.